Selasa, 12 Julai 2011

Pelacur!


Hai, tak faham la budak2 ni.. Tadi, ED terperanjat tanda buku seorang murid darjah 5 kelas belakang ni.. ED suruh isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. Tapi jawapannya...  Anda lihatlah sendiri jawapannya!

Astaghfirullahalazim... jawapan yang memeranjatkan ED. Lihat soalan nombor 1 yang ED tanda pangkah di atas..

Kepada anda yang tak jelas, ED taip balik jawapan murid tersebut.

1. Kakak saya pelacur. Ramai lelaki suka mendekatinya.

Sepatutnya,

1. Kakak saya cantik. Ramai lelaki suka mendekatinya.

Entah apa yang ada di dalam fikirannya? ED pun tak tahu.  ED tak sangka dia fikir jawapan sampai jauh ke situ. Begitu sukar untuk diteka perangai budak2 sekarang ni. Kepada ibu bapa, sila awasi anak2 anda.

Okelah, ED akhiri dengan 2 buah lagu yang menceritakan tentang kehidupan seorang pelacur. Anda tahu tak? Kalau tak tahu, di blog EDtv anda akan tahu. hehe.. Udada Ubabye!!

Lagu pertama: Sheila on 7 - Sephia 



Lagu kedua: Peterpan - Kupu-kupu malam


ED: Jom berfikiran positif..

2 ulasan:

  1. hehe..saya pun menghadapi kes yg hampir sama ketika mengajar petang tadi..

    BalasPadam
  2. cerita yg sm ke? Boleh kongsikannya d blog ini..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi