Isnin, 11 Julai 2011

Simpulan Bahasa Alas perut..

Hai, hari ini ED nak cerita tentang kisah di sekolah la. Peristiwa ni berlaku minggu lepas tapi baru hari ini ED berkesempatan kongsi dengan anda. Kadang2 bosan juga kalau asyik cerita pasal TV kan? Cerita hari ini tentang kerenah murid kelas belakang bila ED ajar simpulan bahasa. Lawak atau tidak cerita ni, anda kena baca sampai habis. Jom kita mulakan cerita ED di sekolah sekarang..



Situasi ED sedang berbincang makna simpulan bahasa dengan murid.
Murid: Cikgu, apa makna alas perut?

ED: Makna alas perut ialah makan sedikit..

Murid: Makan sedikit?? Macam mana tu cikgu?

ED: Maknanya seseorang yang terpaksa makan sedikit untuk mengelakkan kelaparan. Biasanya orang miskin yang selalu alas perut sebab mereka nak jimatkan bekalan makanan mereka.

Murid: Ooo....

ED: Oke, sebagai contoh awak semua boleh lihat penduduk di Afrika yang berkulit gelap tu.. Penduduk di sana banyak yang kurus sebab hidup dalam kemiskinan. Mereka pun selalu mengalas perut mereka. Awak pernah lihat tak orang Afrika dalam TV?

Tiba-tiba, ada seorang murid ni memberikan jawapan yang membuatkan ED tergelak seketika. Nak tahu apa murid tu jawab?

Murid: Cikgu!!! ....... (lihat jawapan dia menerusi gambar di bawah.

Murid tersebut menjawab dengan membuat gaya seperti ini, haluuuss..

Hahaha... maksud murid tersebut ED faham iaitu dia cuba menggambarkan wajah penduduk Afrika yang berkepala botak. Macam kepala Harith Iskandar dalam iklan Nescafe, Haluuuss...

Contoh wajah orang Afrika. Haluuss rambutnya.. hehe..

Okelah, kadang2 seronok ED ajar murid2 kelas belakang ni. Mereka ni selamba dan imaginasi mereka kadang2 di luar jangkaan kita. Macam kisah hari ini.. ED tak jangka jawapan macam tu akan keluar. Hahaha.. Udada Ubaye!

Iklan Nescafe yang ni memang fenomena..

ED: Nescafe kaya dengan antioksidan yang bagus untuk kulit..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi