Hai, semalam adalah hari jadi ED. Dalam catatan semalam, ED ada letak preview gambar sambutan hari jadi ED yang berlatar belakangkan hutan (seperti gambar di atas). Hari ini, ED nak sambung balik cerita semalam. Mesti ramai kawan2 ED tertanya2, dimana ED sambut hari jadi semalam? Nak tahu jawapannya? Jom ikuti jawapannya melalui gambar2 di bawah ini..
Lokasi gambar semalam adalah di belakang rumah ED. Beginilah pemandangan di belakang rumah ED. Sebenarnya di belakang rumah ED ialah hutan paya bakau..
Semalam ED menyambut hari jadi dengan membakar sate di belakang rumah ED bersama famili. Nampak tak reban ayam di sebelah kiri gambar? Hehe.. ED kan orang kampung.
Melalui gambar di atas, tiada kek atau menu istimewa yang ada sempena hari jadi ED semalam. Sebenarnya, ED memang tak sambut hari jadi dengan apa2 majlis yang istimewa. Cukuplah sekadar ED belanja makan famili ED sahaja. Semalam, ED belanja famili ED dengan sate sahaja. ED suruh abang ED beli sate mentah di kilang berdekatan dan bakar sendiri di belakang rumah. Kenapa tak makan sate di kedai? Bila bakar sendiri sate di belakang rumah lagi meriah dan lebih terasa semangat kekeluargaannya.. Cewah!! hehehe..
Jemput tengok, sate yang dibakar sendiri semalam..
Okelah, kenyang makan sate masih terasa lagi sehingga ke hari ini. Setakat ini dahulu catatan untuk hari ini. Kepada semua rakan2 sekerja ED mendapat cuti seminggu penuh sempena Deepavali, selamat bercuti dan bergembira bersama keluarga tersayang. Kepada anda pembaca blog EDtv pun sama juga. Udada Ubabye!!
ED: sedikit sebanyak anda dah mula tahu tentang diri ED hari ini..
Hepy bufday to u.. semoga panjang umo..murah rezeki.. kalau ada rezeki tu jangan lupa bagi aku ek..hihii
BalasPadamterima kasih fuuyooh... ok, klu ada rezeki lebih la..
BalasPadamhepi belated buffday..moga dirahmati ALLAH..pjg umur murah rezeki
BalasPadamterima kasih mummy..
BalasPadam