Hai, hari ini hari Selasa. Pertama sekali, ED nak mengucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia kerana menjadi johan pingat emas di Sukan SEA semalam. ED yakin semua penonton berdebar-debar menyaksikan perlawanan semalam kan? Tutup cerita pasal bola, jom ke topik blog hari ini iaitu "jom cari kucing ED yang tersembunyi". Lihat gambar di bawah, dan dapatkah anda mencari di mana kucing ED?
Gambar A. Di mana kucing ED?
Jumpa tak? Gambar di atas ialah pemandangan pokok bakau di belakang rumah ED. Nak tahu di mana kucing ED berada? Jom lihat gambar yang ED bulatkan di bawah.
Gambar B. Itulah kucing ED (dalam bulatan)
Ha, sekarang ED nak beritahu anda kisah kucing ED yang berada tinggi di atas pokok semalam. Semalam, kucing ED tersebut bersiar-siar ke hutan. Tiba-tiba air pasang naik dan kucing ED terperangkap di atas tanah tinggi yang dikelilingi air pasang. Selepas beberapa minit, seluruh keluarga ED terkejut apabila mendapati kucing ED sudah berada tinggi di atas pokok.
Lihatlah betapa tingginya kedudukan kucing ED..
Sedikit kisah misteri di sini, kucing ED tersebut tidak turun2 dari pagi sampai ke malam. Maaf la, ED tak boleh panjat pokok bakau yang tinggi tersebut sebab anda lihat sendirilah kan keadaannya. Apakah kucing ED dapat diselamatkan setelah sehari suntuk di atas pokok dan peristiwa pelik apa yang berlaku semalam? Jawapannya selepas gambar di bawah ini..
Pada waktu petang, kucing ED sempat tidur manja lagi di atas pokok
Peristiwa pelik pertama, sebenarnya kucing betina ED yang berada di atas pokok tu sedang bunting. Larat pulak kucing tersebut panjat pokok tinggi2. Peristiwa pelik yang kedua, akhirnya kucing ED balik ke sendiri ke rumah tepat pukul 12 malam selepas perlawanan bola sepak berakhir di TV3. Alhamdulillah, kucing ED selamat.
Lupa nak kenalkan, nama kucing ED ialah Fifi.
Misteri atau tidak, yang penting Fifi sudah selamat. Risau juga dibuatnya semalam sebab sehari suntuk Fifi di atas pokok. Okelah, ED nak bermain dengan Fifi. Udada Ubabye!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan