Isnin, 21 November 2011

Rugi, kredit prepaid ditelan lebih RM50..

Hai, apa perasaan anda jika kredit prepaid di telefon bimbit anda lesap lebih dari RM50? Bengang, kecewa dan rasa nak tukar perkhidmatan prabayar lain je kan rasanya. Itulah peristiwa pahit yang berlaku kepada ED semalam. ED terkejut apabila semak baki, kredit hanya tinggal 48sen. ED ulangi, tinggal 48sen sahaja. Huhu.. Malam kelmarin, kredit prepaid ED berbaki lebih daripada RM50. Tak silap ED ada RM54 lagi bakinya. Cuba kira berapa ringgit ED rugi. Huhu..

Inilah telefon bimbit ED, Nokia N8. Baki dalam gambar ni RM8.63 setelah ED topup RM10 lagi untuk mendail talian perkhidmatan pelanggan.

Semalam, ED cuba dapatkan kenyataan daripada pihak Maxis melalui talian perkhidmatan pelanggan. Nak tahu, kenapa kredit prepaid ED lesap? Jawapan perunding pelanggan tersebut ialah sebab ED gunakan perkhidmatan GPRS dari malam kelmarin hingga ke pagi semalam. 

Gambar hiasan

ED agak musykil dengan jawapan tersebut. ED akui malam kelmarin ED ada melayari internet menggunakan telefon bimbit tetapi menggunakan wifi streamyx di rumah. Sebelum ini, ED melayari internet menggunakan handphone dengan streamyx, tetapi tiada caj GPRS dikenakan. Tetapi kenapa semalam caj GPRS dikenakan padahal ED dah pilih wifi streamyx untuk dapatkan internet? Lagi 1, mustahil ED melayari internet dari malam ke pagi sebab malam kelmarin ED tidur pada pukul 12.00 malam setelah tamat cerita Payung Emas di TV3. Pelik memang pelik... Misteri betul kalau selepas pukul 12 malam, ada orang guna telefon ED untuk melayari internet. Cerita ni boleh masuk segmen KisMis (Kisah Misteri). Hehe..


Benda dah berlaku, ED kena redha je la. Mungkin bukan rezeki ED. Tetapi peringatan untuk diri sendiri, ED dah serik nak topap banyak2 lagi. Ada terfikir nak tukar nombor baharu, tetapi ED terikat dengan urusan2 tertentu dengan nombor Maxis tersebut. Sebelum ini, ED pernah buat catatan tentang simkad Maxis ED rosak, kali ini tentang kredit Maxis pulak lesap. Maxis oh Maxis, mungkinkah ada misteri di sebalik kejadian ini? Udada Ubabye!!


Sekadar imaginasi ED semata-mata. Tafsir sendiri makna imej di atas. Huhu..


ED: Kalau anda ada pengalaman pahit tentang prepaid anda, jom kongsi di ruangan komen di bawah. Terima kasih.

1 ulasan:

  1. org ada 2 no..M untuk urusan kerja C untuk family..dipendekkan cerita
    xtopup untuk kad sim C coz guna Hot Ticket...
    da guna no tu dr 2003..kiranya LOYAL la kat company C tu.
    sekali kene block coz xtopup..admitla salah..pas bayar RM100 untuk retrive no tu
    sume privilage hilang...patut x??? baik xpayah bayar RM100 lau tau camni..baik bl je no baru..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi