Ponderosa Golf & Country Club JB
Hai, lihat gambar di atas. ED nak bawa anda ke Ponderosa Golf & Country Club Johor Bahru hari ini. ED bukan nak cerita tentang sukan golf, tetapi ED nak cerita tentang kisah di waktu petang semalam. Semalam, sekolah ED telah menganjurkan jamuan akhir tahun guru2 & kakitangan berbentuk Hi Tea (Minum Petang). Lokasinya, semestinya di Ponderosa Golf.
ED berada di dewan makan Ponderosa. Jom ikut ED melihat suasana minum petang semalam. (Macam program tv tak? hehe..)
Nama program minum petang semalam ialah "Sepetang Secangkir Kenangan". Best tak namanya? ED terlibat dalam pemilihan nama program tu. Hehe.. Teringat balik semasa waktu belajar di UKM, ED pernah bagi nama majlis makan malam yang pelik. Namanya "Malam Galaksi Bima Sakti". Hahaha.. Okelah, tanpa melengahkan masa, jom lihat gambar2 menarik di Ponderosa semalam serta hadiah apa yang ED dapat semalam dalam Cabutan Nombor Bertuah.
Pemandangan di dewan makan, cantik dan selesa.
Di sinilah tempat meja makan ED. Kenalkan, mereka kawan2 ED..
Antara menu minum petang semalam.
ED bersama cikgu2 senior. Majlis sebegini rupa sememangnya mengeratkan hubungan silaturahim antara rakan sekerja.
Inilah hadiah cabutan nombor bertuah yang ED dapat. ED dapat hamper. Alhamdulillah.
Untuk pengetahuan anda, ramai guru perempuan semalam menginginkan hamper yang ED dapat semalam. Nilai hamper semalam lebih kurang RM50 kot. Tetapi, mereka bukan nak hamper yang mahal melainkan isi hamper tersebut merupakan barang2 penjagaan diri Secret Garden yang dibungkus menarik. ED akhiri catatan hari ini dengan gambar hamper di atas dari jarak dekat. Udada Ubabye!!
Hamper Secret Garden. Boleh digunakan seisi keluarga.
ED: Tahun lepas ED dapat hamper makanan, tahun ini hamper Secret Garden. Alhamdulillah.
wekkkkkkkkkkkkkkk....
BalasPadamKnp aina? Dah brp bulan ko cemburu? hahaha.. gurau je.
BalasPadamberapalah agaknye sewa dewan Ponderosa Golf & Country Club ye
BalasPadamTak pasti la..
Padam