Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Sheila Hamzah
Hai, ini dia catatan kedua ED untuk hari ini. Masih lagi berkisahkan tentang topik Separuh Akhir Muzik Muzik semalam. Lagu Beribu Sesalan daripada 3 Suara (Jac, Ning Baizura dan Sheila) telah tersenarai dalam Top 5 lagu2 yang berpeluang cerah untuk ke Anugerah Juara Lagu tahun depan. ED nak kongsi kepada anda tentang pembikinan lagu ini yang tidak mudah. Kenapa? Baca sehingga habis catatan ini ye..
3 Suara, 3 Wanita, 3 Generasi
Bagi anda yang tidak tahu, lagu Beribu Sesalan ini dihasilkan daripada proses "cut & paste" (potong dan tampal). Bagaimana tu? Menurut Ning Baizura semasa menjadi tetamu undangan di Carta Hot 30 Hot fm sebelum ini, lagu Beribu Sesalan ini dihasilkan dengan begitu unik sekali. Macam mana nak cerita balik erk? ED ringkaskan proses penghasilan lagu tersebut melalui point2 di bawah ye:
- Mula2 lagu tersebut dinyanyikan oleh Jac, Ning Baizura dan Sheila Hamzah secara berasingan dan pada waktu yang berbeza. Bukan nyanyi bertiga di dalam studio tau.
- Mula2, ketiga-tiga penyanyi tersebut menyanyikan keseluruhan lagu Beribu Sesalan sampai habis. Jadi, komposer lagu tersebut mempunyai 3 rakaman suara yang berbeza daripada Jac, Ning dan Sheila.
- Selepas itu, komposer lagu tersebut mendengar kembali ketiga-tiga rakaman suara tersebut & menyusun kembali vokal yang sesuai untuk setiap melodi lagu tersebut melalui proses penyuntingan "cut & paste" (macam kita nak buat video media player kot..). Faham tak? Buat2 faham je la ye..
- Selesai disunting, akhirnya siaplah lagu tersebut. Bila didengar, lagu Beribu Sesalan seakan-akan dinyanyikan bersama2 di dalam studio, padahal sebenarnya tidak. Proses cut & paste. (maklumat ini telah diubahsuai daripada kenyataan Ning Baizura di Hot fm, tetapi isinya tetap sama)
Bukan mudah kan untuk menghasilkan lagu Beribu Sesalan ini? Berkat kegigihan komposer lagu tersebut Kevin Chin yang kreatif dan penulis liriknya yang puitis, Tinta, lagu Beribu Sesalan memang layak untuk berada di Anugerah Juara Lagu. Ramai juga yang menjangkakan lagu ini ada harapan untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 26. ED akhiri dengan video klip cun Beribu Sesalan yang penggambarannya dijalankan di Indonesia. Udada Ubabye!!
ED: InsyaAllah, AJL ke 26 akan berlangsung pada Januari 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan