Cari Twitter EDtv di @EDtv_zahidi
Assalammualaikum. ED nak bagitahu yang blog EDtv kini di Twitter! Sebenarnya ED baru buat akaun twitter blog EDtv minggu lepas. Kelmarin, ada pembaca yang bertanyakan Twitter blog EDtv. Macam tahu2 pulak blog EDtv dah ada Twitter. Hehe..
Komen pembaca di blog..
Alhamdulillah, ED tak tahu pun blog EDtv banyak digunakan di Twitter. Sebenarnya ED tak faham sangat konsep Twitter. Jadi ED jarang bertwitter. Selalunya ED guna facebook sahaja untuk memberitahu update terbaharu. Selepas ini, InsyaAllah, ED akan guna Twitter juga untuk memberitahu catatan terbaharu blog EDtv.
Di Facebook EDtv, ada orang dari warganegara Indonesia, Itali, Nigeria dan yang terbaharu dari Australia yang like di FB EDtv. ED tak tahu kenapa mereka like?
Bercakap mengenai segmen di blog, ramai yang menyukai segmen ED & Sekolah. Terima kasih kerana suka membaca kisah2 ED di sekolah. Walaubagaimanapun, ED hanya berkongsi kisah2 tertentu sahaja di sekolah. Sebab itu, segmen tersebut tidak kerap ED tulis di blog. Harap maklum ye.. Okelah, terima kasih sekali lagi kerana membaca blog EDtv yang pada mulanya ED buat untuk kenalan rapat ED sahaja. Seperti biasa, identiti di akhir catatan, Udada Ubabye!!
ED: Blog mengeratkan silaturrahim..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan