Hai, drama Atas Nama Cinta baru sahaja berakhir. Bagaimana episod akhirnya? Terjawab kan soalan kenapa tajuknya Atas Nama Cinta yang pernah ED suruh anda lihat dalam catatan sebelum ini? Jika anda seorang yang melankolik, mungkin airmata anda menitis tadi. Jom kita lihat balik gambar babak2 sedih semasa Cinta meninggal dunia selepas diijabkabulkan dengan Saiful. ED suka sinematografi semasa babak2 tersebut.
Selepas bersalaman dengan Saiful, Cinta rebah tidak bermaya
Saat2 terakhir Cinta..
Akhirnya, Cinta meninggal dunia di akhir episod..
Mesti ramai yang sedih babak ni..
Cinta meninggal dunia dipangkuan orang yang dicintainya..
Babak yang paling ED suka semasa saiful mengangkat Cinta turun dari masjid dengan ekor kainnya yang panjang. Maaf, gambar tak jelas.
Walaupun ramai yang mengatakan drama ini macam drama Korea "Spring Waltz", ED tetap suka drama ini. Walaupun ramai yang tak suka Fiza jadi heroin drama ini, ED tetap suka lakonan dia. Okelah, jika anda peminat Shah Iskandar dan Shahrizal, terus saksikan mereka dalam drama Lestary 3 Janji. Udada Ubabye!!
ED: Minggu depan drama Cinta Buat Emelda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan