Hai, hari ini ED akan ceritakan tentang sebuah kisah yang suspens dalam kelas 4 Baiduri pagi tadi. Berdasarkan tajuk "bau busuk?"di atas, mungkin anda boleh teka apa cerita yang ED nak kongsi kan? Tetapi anda akan silap jika tidak membaca kisah ini sampai habis. Apa yang bau busuk? Sama-sama ikuti kisah bau busuk ini dalam segmen ED & Sekolah...
Semasa ED mengajar Bahasa Melayu pagi tadi, tiba-tiba ada seorang murid India mengangkat tangan kanan, manakala tangan kirinya mengipas2 hidungnya.
Qish: Cikgu!
ED: Ada apa Qish?
Qish: Bau busuk cikgu.
ED: Apa yang bau busuk?
Qish: Cikgu, meja sebelah saya, dalam mejanya ada bau bau busuk. Banyak sambal-sambal dalam meja. Sangat busuk cikgu bau sambal-sambal itu.
ED: (dalam hati berkata, sambal apa pulak la dalam meja tu? Makanan basi atau muntah murid?....)
ED tak sedap hati, jadi ED pun pergi ke meja yang dikatakan tersebut untuk melihat benda apa di dalamnya. Murid2 yang lain pun turut berdiri dan mengikut ED melihat apa yang ada dalam meja tersebut. Keadaan masa tu memang mendebarkan. Setelah ED lihat, benda apa yang ED nampak? Teruskan membaca dialog di bawah ini. Hehe..
ED: Saya tak nampak ada sambal pun dalam meja? Cuma ada bekas makanan sahaja.
Qish: Cikgu, dalam bekas itulah ada sambal-sambal yang bau busuk. Saya tak tahan cikgu.
Rupa2nya bekas makanan itu adalah milik seorang murid lelaki kelas ED yang bernama Man (bukan nama sebenar). Man terus datang menghampiri ED dan memberitahu bahawa bekas itu adalah miliknya.
Man: Cikgu, ini bekal makanan saya. Saya tak tahu kenapa murid2 India kata bekal makanan saya busuk.
ED: Awak bawa bekal apa?
Haa... mesti anda tak sabar2 nak tahu kan? Ini dia jawapan Man.
Man: Saya bawa spaghetti. Mak yang masak.
Hahaha.. ED tersenyum sendirian mendengar jawapan itu. Mungkin murid India tersebut tidak biasa dengan bau sos tomato yang disiram atas mi spagetti tersebut. ED ingatkan apa la tadi? Maaf, ED tak dapat bau apa2 waktu tu sebab hidung tersumbat. Walaubagaimanapun, pertama kali ED tengok ada murid bawa bekal spaghetti di sekolah. Udada Ubabye!!
Gambar hiasan
ED: Bikin kecoh je la Qish ni..
ahahahaha! dramtik sungguh... ye la..may be dia dah biasa bau rempah ratus~wangi... then bila kena italian food yg masam2 sikit dia kata busuk.. hehehe!
BalasPadamtu la pasal.. budak tu tak tahu yg sambal spaghetti bau macam tu. hehe..
Padamsalam ED
BalasPadamseronok akak baca cerita ni. memang part yg paling akak suka ED dan sekolah. teruskan menulis ye.
Alhamdulillah kalau catatan ED & Sekolah dapat menggembirakan pembaca yg membacanya. Tak sangka pulak ramai suka baca kisah ED di sekolah. TQ kak..
BalasPadam