Rabu, 21 Mac 2012

Murid yang jujur!

Hai, murid2 di sekolah rendah biasanya akan bersikap jujur kepada gurunya. Kadang2 perkara yang tak sepatutnya diberitahu pun terkeluar kerana mereka bersikap jujur. Sebab ED dah lama tak buat segmen ED dan Sekolah, hari ini ED kongsi 3 kisah sekaligus tentang kejujuran murid2 sekolah rendah.


Kisah 1: Hari jadi.

Murid: Cikgu, hari ini hari jadi saya.

ED: Happy birthday! 

Murid: Terima kasih cikgu.

ED: Mak awak masak apa hari ini?

Murid: Mak saya beli kek sahaja.

ED: Oh, balik sekolah nanti awak potong kek la?

Murid: Tak la, pukul 11 malam nanti baru saya potong kek.

ED: Kenapa lambat potong kek?

Murid: Mak saya suruh pergi tuisyen malam dahulu. Sudah habis tuisyen malam, baru saya boleh potong kek.

ED: (hanya mampu senyum sahaja)

 Gambar hiasan


Kisah 2: Kenderaan ke sekolah

Hari ini ED diarahkan untuk meminta data murid kelas ED tentang bagaimana mereka datang ke sekolah. Jadi, apabila ED masuk ke kelas 4 Baiduri, ED pun tanya la seorang demi seorang murid.

ED: Lava (bukan nama sebenar), awak pergi sekolah naik apa?

Lava: Naik kereta.

ED: Siapa hantar?

Lava: Abang hantar tapi dia tak ada lesen. 

ED: (hanya mampu senyum sahaja..) 


Jom layan lagu ni!


Kisah 3: Kenangan darjah 1

Waktu Moral tadi, semasa ED menyuruh murid2 Moral beratur di luar kelas, murid2 J-Qaf beratur sekali di sebelah barisan murid Moral. Tiba-tiba ada seorang murid J-Qaf ni tanya ED.

Murid: Cikgu ajar saya sukan masa darjah 1 kan?

ED: (Menganggukkan kepala).

Murid: Masa tu cikgu garang kan?

ED: (hanya mampu senyum sahaja...)

 Gambar hiasan sahaja.

Salah satu yang best mengajar sekolah rendah ialah melihat kerenah kanak2 yang boleh buat kita tersenyum. Okelah, ED nak sambung key-in markah ujian murid, data ibu bapa murid dan apa sahaja yang disuruh key-in di sekolah. Tanya la dengan mana2 cikgu pun, walaupun berada di rumah, kerja2 di sekolah tak putus2. Udada Ubabye!!


ED: Minggu ini banyak kerja memasukkan data di internet. Huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi