Sabtu, 24 Mac 2012

Lagu Bawaku Pergi Zizan dan Kaka mirip lagu Graduation?

Hai, kalau minggu lepas ED buat catatan tentang Lagu Kosong Najwa Latif mirip lagu Indonesia. Hari ini ED nak buat catatan tentang sebuah lagi lagu yang mirip dengan lagu lain. Lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan dan Kaka amat popular ketika ini. Bila ED dengar lagu tersebut, rasa macam pernah dengar irama lagu tersebut sebelum ini.

 Kaka dan Zizan

Lagu Bawaku Pergi, melodinya seakan-akan lagu Graduation nyanyian Vitamin C. Bezanya, cuma dari segi tempo dan susunan lagu. Jika anda dengar intro dan korus kedua2 lagu tersebut, mungkin anda akan bersetuju dengan ED. Jom dengar lagu Zizan dan Kaka, Bawaku Pergi dahulu..


Selepas itu, mari kita dengar lagu Graduation daripada Vitamin C. Lagu Graduation ni amat popular dalam majlis perpisahan di sekolah atau universiti.


Bagaimana? Sama tak? Kalau sama, mungkin cuma kebetulan sahaja. Maklum, muzik ini kan luas. Petang ini, Zizan dan Kaka ada dalam pencalonan baharu rancangan Muzik Muzik 27. Zizan juga akan tampil dalam Cerekarama malam ini dengan telemovie bertajuk Usin Bunga. Okelah, selamat beristirehat dan Udada Ubabye!!


ED: minat juga dengan lagu Bawaku Pergi..

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi