Rabu, 9 Mei 2012

Menjadi guru pengiring Pertandingan Bicara Berirama


Hai, hari ini ED bersama 6 orang guru yang lain menjadi guru pengiring ke Karnival Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah. ED ditugaskan untuk menguruskan murid2 yang menyertai pertandingan bicara berirama. Jom tengok suasana pertandingan bicara berirama pagi tadi.

Murid2 sekolah ED.

Persembahan bersungguh-sungguh daripada murid2. Hehe..

ED dan 6 orang lagi rakan sekerja. 

Dalam Karnival Bahasa Melayu pagi tadi, selain pertandingan bicara berirama, ada juga pertandingan berpidato, bercerita dan menulis esei. Alhamdulillah, sekolah ED telah mendapat johan dalam pertandingan bercerita dan berpidato. Bagaimana dengan bicara berirama? Lihat gambar di bawah ini.

Mereka johan dalam pertandingan bicara berirama

Alhamdulillah, peserta bicara berirama sekolah ED telah memenangi tempat pertama. Ini merupakan pertandingan peringkat zon sekolah berdekatan. Selepas ini, mereka akan mara ke peringkat daerah Pasir Gudang pulak. InsyaAllah. Psstt.. ada sesuatu yang ingin ED kongsi bersama anda.

 Skrip ciptaan ED

Sebenarnya, ED telah diberi kepercayaan untuk mencipta skrip cerita untuk pertandingan bicara berirama sekolah ED. ED juga antara guru yang ditugaskan untuk melatih murid2 dalam  bicara berirama ini bersama 3 orang guru yang lain. Dari bulan lepas, ED dan 3 orang rakan sekerja melatih murid2 ini. Alhamdulillah, hasilnya menggembirakan lebih2 lagi ini kali pertama sekolah ED menghantar murid2 dalam pertandingan bicara berirama.

 Antara latihan di sekolah

Sedikit perkongsian, ini merupakan pengalaman pertama ED melatih murid2 dalam bicara berirama. ED takde asas pun dalam bicara berirama ni. ED banyak belajar daripada menonton video2 di Youtube. Okelah, setakat ini dahulu dan doakan yang terbaik untuk ED ye. Udada Ubabye!!

 ED bergambar dengan para peserta.



 ED: Ada 2 lagu dangdut yang ED masukkan dalam skrip. Hahaha..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi