Rabu, 20 Jun 2012

Ubat demam dan selsema pilihan ED!

Hai, hari ini ED tak sihat la. Pening kepala, tak sedap badan dan selsema. Ini mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu sekarang ini. Nak tahu tak? Selalunya jika ED selsema dan hampir2 nak demam, ED akan makan ubat apa? Jom lihat gambar di bawah ini.

Inilah ubatnya jika ED demam dan selsema..

Febricol tu ubat selsema. ED dah biasa makan ubat selsema jenama tu. Kandungan ubatnya lengkap dengan paracetamol (ubat demam),  ubat selsema dan ubat hidung berair. Ubat Febricol ni menyebabkan mengantuk. Jadi kena ambil pada waktu yang sesuai. Jika ED sakit kepala atau demam sahaja, ED akan ambil Uphamol 650. Uphamol 650 ni sama macam Panadol Actifast yang mengandungi paracetamol 650mg. Minyak Cap Kapak ED gunakan untuk hidung yang tersumbat dan pening kepala. Air 100 Plus pula ED minum untuk menguatkan daya tahan tubuh dengan ion2 positif.

Febricol dan Uphamol 650 ni boleh dibeli di farmasi tertentu..

Bagaimana dengan harganya? Febricol ni murah sahaja, 1 papan harganya sekitar RM2 manakala Uphamol 650 harganya RM2.40 sepapan (10 biji). Walaupun harganya murah, tapi ED rasa sesuai dengan ubat ini.

Jom belanja dengan lebih bijak!

Sebelum tidur nanti, ED akan ambil sebiji Febricol kerana selsema ini semakin menjadi2. Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit maklumat kepada anda. Akhir kata, jika anda makan ubat, pastikan sukatannya sesuai dan mendapat nasihat daripada doktor atau orang2 yang tahu tentang ubat2 ni. Jaga diri dan Udada Ubabye!!




ED: pernah kerja di farmasi selepas habis pengajian di UKM..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi