Jumaat, 31 Ogos 2012

Selamat Hari Merdeka Malaysia ke 55!

Hai, syukur kepada Yang Maha Esa kerana hari ini genap 55 tahun Malaysia merdeka. Selamat Hari Kemerdekaan khususnya kepada semua pembaca blog EDtv dan semua rakyat Malaysia. Semoga Malaysia aman harmoni sentiasa. Udada Ubabye!!

 Logo 55 Merdeka yang ED ambil daripada laman web UKM (bekas Universiti ED).

Setiap logo Merdeka pasti memberikan nostalgia kepada kita. Logo 55 tahun Merdeka yang di bawah sekali tu rasanya tidak menjadi logo rasmi Merdeka tahun ini ekoran sebab2 tertentu. 




ED: Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Khamis, 30 Ogos 2012

Eksklusif! Temubual ED bersama ibu pelakon cilik Puteri Balqis!

Adik Puteri Balqis atau Aqish.

Hai, semasa ED pergi ke Pahang Sabtu lepas, ada la bersembang2 pasal rancangan TV semasa  raya dengan kawan2 ED. Antara rancangan TV yang diperkatakan ialah cerita Nur Ramadan di TV3. Masing2 memuji kehebatan pelakon cilik Adik Aqish berlakon sebagai Nur Ramadan. Memang berbakat pun Adik Aqish bila beraksi di kaca TV. Kawan ED ada bagitahu bahawa Adik Aqish ini ialah anak kepada pelakon Azhan Rani. Betul ke? Ini kerana Adik Aqish selalu kelihatan bersama Azhan Rani jika dijemput ke rancangan TV (Contohnya seperti di Malaysia Hari Ini )..

Betul ke Azhan Rani ayah kepada Adik Aqish?

Hari ini, macam kebetulan pula apabila ibu kepada Adik Aqish follow ED di Twitter. Terkejut tapi gembira. Boleh la lepas ni ED dapat maklumat tentang drama2 TV daripada ibu pelakon cilik ini. Hehe.. Petang tadi, ED ada menanyakan soalan tentang hubungan Adik Aqish dengan pelakon Azhan Rani. Menurut ibunya, Azhan Rani hanyalah ayah angkat Aqish. Mereka sudah lama rapat. Jadi, kepada kawan2 ED, Azhan Rani bukan ayah kandung Adik Aqish ye.. Eksklusif, ibu Adik Aqish telah mengizinkan ED menyiarkan gambar keluarga mereka di blog ini. Nak tengok tak ibu bapa pelakon berbakat besar ini? Jom lihat gambar di bawah ini.

Ibu dan bapa Adik Aqish.

Alhamdulillah, blog EDtv semakin dipercayai. Setakat ini, ED dah berkawan dengan 2 orang ibu pelakon cilik iaitu ibu Adik Puteri Shasha dan yang terbaru, ibu Adik Aqish. Best kan? Udada Ubabye!! 

 Bukti perbualan ED di Twitter.




ED: Suka tengok Adik Aqish berlakon. Comell...

Rabu, 29 Ogos 2012

Kenyataan Eirma Fatima tentang Bibik pakai baju Puteri Islam dalam Kau Yang Terindah!

 
Betul ke Eirma Fatima pakai baju Puteri Islam?

Hai, ramai yang mempersoalkan  pakaian Bibik lakonan dalam Kau Yang Terindah di TV3. Betul ke Eirma Fatima memakai uniform Puteri Islam sebagai pakaian orang gaji dalam drama tersebut? Ini dia kenyataan Eirma Fatima dalam Twitternya..

Petikan daripada Twitter Erma Fatima

Bagaimana? Anda puas hati tak dengan jawapan tersebut? Catatan ini untuk meleraikan kekusutan penonton yang menyangka baju bibik dalam drama tersebut ialah baju Puteri Islam. Menurut Eirma Fatima selaku pengarah, baju bibik tersebut bukan baju Puteri Islam. Ingat ye.. Udada Ubabye!!




ED: Kontroversi juga pasal baju bibik ni..

Drama Kau Yang Terindah TV3 tidak popular?

Hai, anda minat drama Kau Yang Terindah di TV3? Bila ED baca komen2 di facebook TV3, ramai yang tidak suka menonton drama ini. Betul ke drama ini tidak popular? 


Jika anda rasa drama ini tidak popular, anda silap kerana entri tentang sinopsis drama Kau Yang Terindah di blog EDtv menjadi carian nombor satu tertinggi. Lihat statistik di bawah ini..

Entri tentang sinopsis drama tersebut mendahului jauh daripada entri2 yang lain..

Sejak seminggu drama ini ditayangkan, statistik tentang sinopsisnya semakin meningkat dari hari ke hari.. Hari ini, entri tentang salah seorang pelakon baharu drama tersebut iaitu Emma Maembong telah menduduki tempat kesepuluh carian tertinggi di blog EDtv. Ini menandakan drama Kau Yang Terindah masih mempunyai penonton yang ramai. Jika orang tak suka, mereka tak mencari maklumat tentang drama ini di blog EDtv. Tak gitu? Okelah, Udada Ubabye!!





ED: Teruskan menonton!

Selasa, 28 Ogos 2012

Sinopsis episod-episod akhir drama Naziha TV3

Hai, anda peminat drama Naziha? Drama ini bakal menghampiri ke episod terakhirnya. Bila tu? Lihat gambar di bawah ini..

Adakah Naziha dan Adam bakal bersatu? Saksikan di episod terakhirnya..

Sedikit sinopsis episod-episod terakhirnya, Naziha bersetuju untuk berkahwin dengan Akmal, sepupu Adam. Bagaimana dengan Adam erk? Setelah Fauziah tahu bahawa Akmal adalah sepupu Adam, dia terus membatalkan perkahwinan Naziha dan Akmal. Selepas itu apa yang terjadi? Ha, yang tu anda kena tengok sendiri. Tak surprise la kalau anda dah tahu endingnya kan? Hehe..

Drama baharu, Runtun Qalbu dalam Slot Zehra TV3. Sinopsisnya baca di sini.

Okelah, seperti yang dah diketahui umum, drama Runtun Qalbu akan menggantikan drama ini bermula 21 September. Sama-sama kita saksikan lakonan Fasha Sandha yang berbadan dua berlakon dalam drama tersebut. Udada Ubabye!!




ED: Selamat menonton!

Isnin, 27 Ogos 2012

2 hari 1 malam di Bumi Darul Makmur!

Hai, pada 25 Ogos, ED dan dua orang rakan telah pergi ke Pekan Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan setugas. Tahniah diucapkan kepada Dayah dan Zayadi yang bertemu jodoh di sekolah ED. Dua-dua kawan ED, dua-dua orang Pahang, jadi hari Sabtu ED pergi ke majlis pihak perempuan, esoknya ED pergi ke majlis pihak lelaki. Senang kan? Jom lihat gambar2 serta sisipan cerita yang sempat ED rakamkan untuk kenangan diri sendiri.

Bergambar bersama pengantin.

Pelamin pihak perempuan yang kreatif! Berlatarkan tikar buluh..

Selesai majlis, ED dan rakan2 menginap di Hotel Carnation Kuantan Pahang. Esoknya nak pergi ke majlis pihak lelaki pulak dan terus balik ke JB.

Hotel Bajet ini menawarkan penginapan serendah RM70 semalam.

Nah, gambar bilik penginapan ED. Selesa!

Dalam bilik dilengkapi dengan TV LCD dan siaran Astro.

 Malam menjelma, tiba saatnya utk menjamu selera. Lokasi pilihan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Kuantan. Katanya, tempat ni popular serata negeri..

Antara menu pilihan ikan pari bakar petai, sotong masak halia, tom yam, kailan dan kerabu mangga. Harganya berpatutan!

Jemput makan! Suasana di sini amat menyamankan dengan hembusan angin sepoi2. Hehe..

Lepas makan, pergi bersiar2 di Teluk Chempedak. Kali kedua ED ke sini.. Apa? Tak nampak ED? Lihat gambar di bawah ini.

Ha, dah nampak tak? Hehe..

Bergambar dalam gelap lagi...

Taraa...! Cerah kembali..

Selesai bersiar2, ED kembali ke hotel untuk tidur.. Esok nak bertolak ke rumah pengantin pihak lelaki pulak di Dewan Serbaguna Pulai Serai, Pekan.

26 Ogos, kami tiba di majlis perkahwinan bagi pihak lelaki. Sebab sampai terlalu awal, tak sempat jumpa pengantin. ED dan rakan2 kena cepat sebab nak sampai JB cepat. Maklumlah, esoknya dah nak naik kerja.

Begitulah perjalanan 2 hari 1 malam ED ke Pahang. Alhamdulillah, ED dan rakan2 selamat pergi dan balik. Banyak betul dugaan yang ED dan rakan2 hadapi semasa dalam perjalanan pergi dan balik. Anda nak tahu? Baca corat-coret perjalanan ED di bawah ini. Okelah, Udada Ubabye!!


Corat-coret perjalanan pergi dan balik.
  • Tayar kereta ED pancit.
  • Kawan ED terlupa mengambil kunci dalam rumah sewanya, terpaksalah tombol kunci pintunya dipecahkan. Makan masa juga tu!
  • Seorang kawan lagi, tertinggal Galaxy Note dalam keretanya. Selamat tak gerak jauh lagi..
  • Dalam perjalanan ke Pahang, tiba2 gastrik ED datang. Pening2 dan rasa nak muntah pulak, tetapi selamat tak muntah.
  • Sampai di Pahang, kami menjemput seorang kawan lagi di mana entah.. Sesat juga nak cari lokasi tempat dia tunggu kami.
  • Di rumah pengantin, ramai yang menahan kencing sebab air takde.. Nak pinjam toilet tapi takpe la...
  • Esoknya, nak balik ke JB pun ada dugaannya.. tetapi ED tak boleh cerita di sini.. Maaf. Biarlah ED dan kawan2 ED sahaja yang tahu. 
 Masjid ni menjadi saksi dugaan yang kawan2 ED hadapi semalam.



ED: Walaupun diduga, semangat persahabatan itu yang penting...

Ahad, 26 Ogos 2012

Bergambar dalam gelap!

Hai, cuba cari ED dalam gambar di bawah ini? Hehe..

Gambar malam semalam.. ED suka gambar ni sebab ada nilai eksentriknya yg tersendiri..

Kenapa bergambar dalam gelap? Dimanakah lokasi ED semalam? Nantikan kisahnya esok. Selamat malam dan Udada Ubabye!!




ED: Penat.. sampai JB 7.30 malam tadi..

Khamis, 23 Ogos 2012

Bahaya guna contact lens murah!


Hai, dulu harga contact lens mahal. Sekarang dah murah. Tapi yang murah berbahaya. Silap, yang murah sangat berbahaya. Hari ini, di Berita Harian Online ada kisah tentang seorang remaja perempuan 18 tahun matanya bengkak dan kabur gara2 memakai contact lens murah yang berharga RM25. Baca kisah penuhnya di sini.

 Contact lens murah yang menyebabkan mata remaja tersebut kabur.

ED suka bersembang tentang topik ni sebagai peringatan bersama. Sebenarnya, contact lens yang murah amat berbahaya kerana kita tak tahu kaca apa yang digunakan. Kalau kaca sembarangan, itu yang menyebabkan mata rosak. Sebab itu, harga contact lens yang dijual di kedai2 cermin mata agak mahal kerana bahan kacanya sudah dijamin selamat digunakan. 


Dulu ED pernah berangan-angan ingin menggunakan contact lens, tetapi kesedaran diri timbul setelah mendengar kisah kawan2. ED tak nak guna contact lens kerana risikonya tinggi. Risiko yang pasti ialah jika contact lens yang digunakan pecah di dalam mata, dijamin mata akan buta. Ini berdasarkan kisah benar yang dialami oleh kawan ED. ED difahamkan contact lens diperbuat daripada kaca lembut yang mudah pecah dan koyak. Jadi kita tak boleh lasak2 sangat bila pakai contact lens. Banyak lagi risiko jika kita guna contact lens seperti tak boleh kena panas, tak boleh kena asap, nak kena cuci selalu dan macam2 lagi. Rimas kan? Sebab itu, ED putuskan, ED tak nak guna contact lens. Sayangi mata anda! Udada Ubabye!!

Info bahasa: 
Perkataan merbahaya adalah salah, yang sebetulnya ialah berbahaya. Dalam bahasa Melayu tidak ada imbuhan 'mer', tetapi imbuhan 'ber'. Contoh penggunaan: Jalan raya itu berbahaya kepada orang awam kerana banyak kenderaan berat menggunakan jalan ini. (Sumber: DBP)




ED: Jika nak guna contact lens, belilah di kedai cermin mata yang sah..

Sinopsis episod-episod terakhir drama Bukan Bidadari TV3

Hai, selepas drama 7 Ramadan, ED rasa ramai yang tak sabar2 ingin mengetahui kelanjutan drama Bukan Bidadari di TV3. Apa erk yang bakal terjadi kepada Inas? Buat pengetahuan anda, drama Bukan Bidadari semakin hampir ke episod terakhirnya. Jom lihat tarikh episod akhirnya di bawah ini!

Tinggal 4 episod sahaja lagi drama ini.

Anda nak tahu sinopsis episod-episod terakhirnya? ED kongsi jalan ceritanya sekadar yang ED tahu sahaja ye..

Pada episod ke 10 (minggu depan) Inas akan mengajak suaminya Arif ke hutan untuk membalas dendam terhadap perlakuan Arif yang kasar kepadanya. Inas telah memukul Arif di dalam hutan tersebut sehingga Arif tidak berdaya. Inas menyangka Arif telah mati. Selepas itu, dia membawa anaknya pulang ke kampung semula. Inas meminta maaf kepada ibunya dan menyesali apa yang telah berlaku. Semasa di kampung, Inas telah menipu bahawa suaminya telah hilang dan dia tidak tahu suaminya berada di mana. Seterusnya, polis telah datang menemui Inas untuk mengesahkan cebisan daging mayat yang ditemui ialah mayat suaminya. Inas semakin yakin bahawa suaminya telah meninggal dunia. Dia mahu kembali kepada Kamal yang dahulu mencintainya, tetapi Kamal sudah menjadi suami Ayu. Adakah Arif benar2 telah meninggal dunia? Jawapannya tidak! Arif akan membalas dendam kembali kepada Inas di episod akhir drama ini. Bagaimanakah nasib Inas setelah dipukul oleh Arif? yang tu, anda kena tengok sendiri di episod akhir Bukan Bidadari!

Bagaimana? Menarik bukan? Teruskan menonton drama ini sehingga ke kemuncaknya! Jika tak silap ED, drama yang akan menggatikan Bukan Bidadari selepas ini berunsurkan sejarah. Tajuknya Malaya. Tak tahu la betul ke tak. Okelah, Udada Ubabye!!

 Lagu tema Bukan Bidadari



ED: best cerita ni!

Rabu, 22 Ogos 2012

Terkenang-kenang: Keropok Durian


Benda: Keropok Durian

Tempat dijumpai: UO Danga City Mall

Keterangan: Masa shopping raya masa tu, ED ternampak keropok ni tengah murah. Bila pandang keropok ni, ED teringat zaman kecik-kecik. Dulu, bila nak beli jajan yang isinya banyak, belilah keropok ni. Isinya penuh dalam bungkusan. Hehehe.. Jadi, ED belilah satu untuk dimakan dan menyegarkan kembali nostalgia zaman kanak-kanak dahulu. Udada Ubabye!!

 Segmen Terkenang-kenang




ED: Rasanya tak berubah... sama seperti dulu.

Sinopsis Di Bawah LangitMu, Cerekarama Terbaik Raya TV3!

Hai, ED kembali menulis blog! Bagaimana raya anda? Hari ini ED nak update pasal Cerekarama Sabtu ini di TV3. Tajuknya, Di Bawah LangitMu lakonan Nora Danish, Sharnaaz Ahmad, Nad Zainal dan ramai lagi. Berdasarkan sinopsisnya, telemovie ini menarik untuk ditonton bersama2!


Jalan ceritanya sedih. Tak percaya? Ini dia sinopsisnya yang ED perolehi daripada Gua.Com!

Sinopsis Di Bawah LangitMu.

Annur (Nora Danish) merupakan gadis yang menjadi igauan hampir setiap anak muda dalam kampung itu. Dia merupakan seorang yang cantik, lembut dan warak. Annur bakal disatukan dengan Farid pada Aidilfitri yang bakal menjelang. Osman (Sharnaaz), abang angkat Annur di sekolah yang mahu memperisterikan Annur kecewa dengan berita tersebut. Sikapnya yang panas baran dan kaki pukul membuatkan pinangannya ditolak oleh keluarga Annur. Yazid yang berdendam dengan Osman telah memasang perangkap supaya Annur dengan Osman ditangkap khalwat. Keluarga Annur menyatukan Osman dengan Annur demi menjaga maruah keluarga mereka. Osman telah berubah selepas berkahwin dan menatang Annur macam minyak yang penuh. Annur semakin bahagia apabila dia disahkan mengandung. Namun, rumahtangga mereka mula tergugat selepas Osman ditipu oleh rakan kongsinya. Osman kembali kepada tabiat asalnya dan Annur sering dikasari. Persoalannya,mampukah percintaan mereka menemui kebahagian hingga ke akhirnya?

 Para pelakon Di Bawah LangitMu.

Bagaimana? Menarik bukan? Telemovie ini terbitan Primeworks (anak buah Media Prima). Sama-sama kita saksikan telemovie ini pada 25 Ogos 2012 jam 10 malam. Udada Ubabye!!




ED: Banyak telemovie raya best di TV3!

Sabtu, 18 Ogos 2012

Kebaikan shopping last minute!


Hai, biasanya ED akan shopping last minute untuk raya. Bagi ED, banyak kebaikan jika kita bershopping last minute. Pada pendapat ED, ini dia kebaikan bershopping last minute..

Segmen Bijak Belanja!

5 kebaikan shopping last minute!
  1. Harga barang menjunam melampau-lampau. Ini yang best!
  2. Orang tak ramai, jadi tak perlu bersesak-sesak.
  3. Jalan raya tak jam, seronoknya memandu.
  4. Kadang2, ada barang yang dilelong di saat2 akhir.
  5. Perasaan gembira sebab bila penat bershoping, esok dah raya.
Petang tadi, ED sempat pergi beberapa tempat shopping untuk membeli barang keperluan raya esok. Memang puas hati shopping last minute. Dapat jimat duit! Hehe..

 
Kuih raya dijual murah di saat2 akhir puasa.. Jika pandai pilih, kuih2 di pasaraya sebegini rupa juga enak dimakan.

Selesai bershopping, ED meneruskan perjalanan mencari lemang. Tekak ni mengada-ngada pulak nak berbuka lemang cecah dengan rendang mak di hari terakhir puasa ni. Hehe...

 Jumpa pun.. Lokasinya di hadapan Pasar Borong Pandan. Dari tahun lepas, bila sehari sebelum raya, ED mesti nak makan lemang.

Okelah, ini cara ED menyambut raya. Setiap orang lain caranya. Akhir kata, sama-samalah kita bersederhana di Hari Raya. Udada Ubabye!!

ED akan bercuti menulis blog selama 3 hari sempena raya. Harap maklum!




ED: Selamat Hari Raya!

Drama Terbaharu Slot Aksi TV3, Bini-Biniku Perkasa!

Hai, bagi anda yang meminati slot Aksi di TV3, nantikan drama terbaharu terbitan MIG yang bertajuk Bini-Biniku Perkasa. Drama ini menggantikan drama Indera Joned. Antara pelakon utama drama ini ialah Yana Samsudin, Intan Ladyana dan Fezrol Khan.

Intan Ladyana, Yana Samsudin dan Fezrol Khan.

Drama Bini-Biniku Perkasa ini diadaptasi daripada filem Bini-Biniku Gangster. Jadi jalan ceritanya lebih kurang macam filem Bini-Biniku Gangster. Intan dan Yana dikekalkan dalam drama ini, cuma Fezrol Khan sahaja yang memegang watak Herry (dalam filem, Shaheizy Sam yang memegang watak Herry). Drama ini akan bersiaran pada 3 September depan, pukul 9 malam di TV3. Nak tengok gambar2 shooting drama ni, klik di sini. Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton!

Jumaat, 17 Ogos 2012

Ucapan Raya daripada ED!

Assalammualaikum. Hari ini tiba giliran ED untuk memberikan ucapan raya untuk anda. Mungkin esok, anda semua akan sibuk membuat persiapan raya, jadi hari ini adalah hari yang sesuai untuk ED buat ucapan raya. Ini dia ucapan raya ED untuk anda semua!

Ikhlas daripada saya, Zahidi Zakariya (ED).

Sempena raya nanti, memandulah dengan berhati-hati dan selamat bergembira bersama keluarga tersayang. Okelah, kepada pembaca blog ini, terima kasih kerana sudi membaca blog yang tak seberapa ini. Mungkin ED akan bercuti daripada menulis blog selama 2 atau 3 hari bermula Aidilfitri nanti. ED pun nak raya juga... Hehe.. Udada Ubabye!!




ED: Jangan main mercun, barulah cun!

Khamis, 16 Ogos 2012

Fenomena 7 Ramadan episod akhir!

Ramai yang sedih dan memperkatakan tentang episod akhir drama 7 Ramadan di TV3. ED dah pernah cakap, bahawa drama ini merupakan drama air mata 2012. Drama 7 Ramadan telah menjadi trending topic di Twitter malam ini. ED rasa, esok lusa TV3 mesti akan umumkan drama ini mencatat rating jutaan penonton. Dijamin!

Babak sedih episod akhir 7 Ramadan.

Tahukah anda? Lagu latar Tika Aku Menangis versi lelaki ialah nyanyian Hafiz Hamidun. Touching kan? Okelah, Tahniah kepada semua team drama 7 Ramadan. ED berharap agar Radius One tetap menjadi pilihan TV3 dalam Slot Samarinda Ramadan pada tahun depan dan sampai bila2. ED akhiri dengan petikan ini "Jangan biarkan sesaat itu berlalu begitu saja, kerana samada sedar atau tidak, ada derhaka dalam setiap diri kita.." Udada Ubabye!!



ED: Terbaik!!!

Kenapa namanya Emma Maembong?

 Emma Maembong

Hai, dalam catatan ED sebelum ini tentang Jom Kenal Emma Maembong, ada pembaca yang bertanyakan ED, kenapa nama belakang Emma ada Maembong? Namanya macam pelik kan? Padahal nama ayah Emma ialah Ismail. Hari ini ED berkesempatan untuk bertanyakan langsung kepada pelakon comel ini di Twitter. Ini jawapan daripada Emma Maembong!


ED harap anda semua dah tahu kenapa namanya Emma Maembong. Mula2 pelik, lama2 nanti anda akan serasi dengan nama Emma Maembong. Okelah, teruskan menonton Kau Yang Terindah di TV3. Udada Ubabye!




ED: Namanya semakin menjadi perhatian penonton..

Sinopsis episod akhir drama 7 Ramadan TV3!

Hai, malam ni mesti ramai yang tak sabar2 nak tengok kesudahan drama 7 Ramadan kan? Untuk menghangatkan lagi suasana malam nanti, ED akan berikan sinopsis episod akhir malam nanti. Eksklusif di blog EDtv!


Sinopsis episod akhir 7 Ramadan

Rancangan Ikram mengupah 2 orang pelakon supaya menyamar sebagai ibu dan bapanya gagal apabila Anna terlebih dahulu mengetahui siapa Ikram sebenarnya. Kawan Ikram, Juril telah menceritakan perkara sebenar kepada Anna. Keadaan menjadi kacau apabila Ikram mengakui siapa dia yang sebenar kepada keluarga Anna. Sementara itu, keadaan Sufiah yang nazak masih berharap supaya dapat bertemu dengan Ikram. Akhirnya, Sufiah meninggal dunia dan beberapa kejutan berlaku. Apakah kejutan itu? Yang penting, malam nanti anda akan melihat penyesalan Ikram/Dhani yang tidak berguna lagi...

Serius, drama 7 Ramadan memang sedih. Ramai penonton yang terusik kalbunya melihat seorang anak sanggup menyeksa ibunya demi harta dunia dalam drama ni. Okelah, akhir kata bersedialah untuk menangis malam nanti ye. Udada Ubabye!!



ED: Pengajarannya, jangan menderhaka kepada orang tua!

Rabu, 15 Ogos 2012

Sinopsis Telemovie Ampun Untukmu lakonan Eira Syazira di TV9!

Hai, malam ini ada cerita best kat TV9. Tajuknya, Ampun Untukmu lakonan Eira Syazira, Zamarul Hisham, Maimun Mutalib dan Sofi Jikan. Memang sesuai ditayangkan malam ni sebab dah nak menjelang raya. Dijamin, telemovie ini akan menyentuh hati anda. Tak percaya? Jom baca sinopsisnya di bawah ini.

Lakonan Eira Syazira memang tidak pernah mengecewakan.

Ini dia sedikit sinopsis telemovie Ampun Untukmu. Sumber daripada Kepala Bergetar.

Sinopsis Ampun Untukmu

Hidup keluarga Liana (Eira Syazira) daif, miskin dan makin terhimpit bila Faris (Zamarul) lumpuh. Haikal mencari kakaknya tanpa putus asa dan berjaya menemuinya lalu cuba memujuk untuk balik ke kampung. Kerana hutang, Liana dirogol dan tiada pilihan lain. Saleha (Maimon Mutalib) kecewa kerana Liana bukan saja memalukan keluarga, malah juga penyebab kematian suaminya. Keampunan yang diharapkan Liana tapi maki hamun dan halau diberi. Masihkah ada keampunan untuk Liana?

Bagaimana? Menarik bukan? Telemovie Ampun Untukmu akan ditayangkan pada 8.30 malam ini di TV9. Yang tak sempat tengok, boleh tengok di Tonton. ED akhiri dengan iklan telemovie ini. Udada Ubabye!!




ED: Sedih telemovie ni..

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi