Ahad, 16 September 2012

Drama Dendam Pencinta dalam Slot Ratu TV9

Hai, nampaknya stesen TV9 semakin lama, semakin banyak menyajikan rancangan dan drama-drama hebat kepada penontonnya. Selepas Sirrun, TV9 akan menyiarkan drama baharu dalam Slot Ratu iaitu Dendam Pencinta. Drama Dendam Pencinta dibarisi pelakon berbakat besar seperti Hanez Suraya, Shah Iskandar, Nadia Aqilah dan Razali Hussein.

Dari kiri, Razali, Nadia, Hanez dan Shah.

Sedikit sinopsis, drama ini mengisahkan Zul (Shah Iskandar) yang suka mengurat Syiela (Nadia) pada zaman kolej. Namun begitu, selepas beberapa tahun, Zul berkahwin dengan orang lain iaitu Mimi (Hanez). Setelah Zul berkahwin dengan Mimi, Syiela kembali di dalam kehidupan Zul dan menuntut cinta Zul kepadanya. Bermulalah konflik drama ini. Nak tahu, kena tengok sendiri Dendam Pencinta.

Zul dan Mimi sebagai suami isteri dalam Dendam Pencinta.

 Mungkinkah ini angkara dendam pencinta? Menurut Shah Iskandar, watak Zul antara watak yang berat pernah dia bawa.

Antara pelakon drama ini.

Saksikan drama Dendam Pencinta bermula 1 Oktober, 8.30 malam setiap Isnin dan Selasa di TV9. Nampaknya tahun ini, nama Hanez Suraya semakin melonjak naik di persada seni lakonan. ED rasa dia mula popular semenjak drama Suri TV3. Setuju tak? Okelah, Udada Ubabye!!




ED: Pada awalnya, tajuk drama ini adalah Janji dan telah ditukar kepada Dendam Pencinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi