Ahad, 16 September 2012

Jom kenal penyanyi lagu 1 Malaysia 1 Bahtera!

Hai, bila buka TV3 atau TV9, seringkali kita lihat video klip lagu 1 Malaysia 1 Bahtera. Sebab dah banyak kali tengok di TV, anda kenal tak siapa penyanyinya? ED ada jawapannya, nama penyanyi tersebut ialah Megat Ahmad Aizzat.

Megat Ahmad Aizzat. Wajahnya hari-hari keluar di kaca TV pada musim2 kemerdekaan ni.

Megat Ahmad Aizzat berasal dari Kuala Lumpur dan belajar di Ocean Institute of Audio Technology. Jadi, dia bukan calang2 penyanyi.. Jika anda nak berkenalan dengan Megat Ahmad Aizzat, anda boleh add dia di facebook ini. Atau boleh follow @MegatAhmadAizza di Twitter.

Segmen Jom Kenal istimewa Hari Malaysia.

Lagu 1 Malaysia 1 Bahtera menjadi lagu patriotik paling popular pada tahun ini. Ramai yang suka dengar lagu ni. Lagu tersebut ciptaan Megat Ahmad Fazly, adik kepada Megat Ahmad Aizzat yang berumur 13 tahun (sumber daripada pembaca). Kerjasama adik beradik yang bagus kan?  Okelah, ED akhiri dengan video klip berserta lirik lagu 1 Malaysia 1 Bahtera. Udada Ubabye!!


Lirik 1 Malaysia 1 Bahtera

Jalur gemilang, lambang bersatu
Warna cemerlang, merah putih kuning dan biru
Bulan dan bintang, itu naunganku
Perjuanganku, di bawah kibarmu

CHORUS

Satu Malaysia, Satu bahtera
Berganding bahu, harus berjaya

Satu Malaysia, Satu bahtera
Berganding bahu, harus berjaya

Bertindak dengan sepenuh kemampuan
Gagah berani menghadapi cabaran
Mara kehadapan penuh keyakinan
Walaupun apa jua halangan

Semangat waja menyatukan semua
Walau pelbagai warna atau budaya
Berdaya maju rajin dan bertenaga
Bertekad untuk menjulang jaya

Satu Malaysia, Satu Bahtera
Berganding bahu, harus berjaya!




ED: Selamat Hari Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi