Isnin, 17 September 2012

Adik Puteri Balqis diramalkan menang Pelakon Harapan Anugerah Skrin 2012?

Hai, anda tengok tak telemovie Pelarian di TV3 malam semalam? Walaupun ulangan, ED tetap tengok lagi. Lakonan adik Puteri Balqis memang tidak boleh dinafikan lagi. Dia memang berbakat besar. ED rasa, siapa yang tengok lakonan dia, mesti akan puji dia secara automatik. Setuju tak?

Aeril Zafrel dan adik Puteri Balqis. Pandai posing adik ni kan?

Bercakap tentang Anugerah Skrin 2012, ED dan ramai penonton meramalkan bahawa Adik Puteri Balqis mesti menang dalam salah satu kategori. Mungkin kategori Pelakon Harapan sebab kategori Pelakon Kanak-Kanak takde lagi dalam Anugerah Skrin. Tahun lepas, adik Fazli Daniel yang menang. Tak mustahil, tahun ini adik Puteri Balqis pula yang menang. Menurut ibunya di facebook semalam, adik Puteri Balqis berdebar-debar apabila telemovie lakonannya dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2012. Sama-sama kita doakan semoga adik Puteri Balqis menang dalam ASK2012 nanti. Udada Ubabye!!

 Anugerah Skrin 2012, akan datang November ini di TV3.




ED: Semoga berjaya kepada adik Aqish!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi