Sabtu, 22 September 2012

Untungnya bila ada kad ahli!

Hai, jika kita ada kad ahli untuk membeli-belah atau sebagainya, paling untung bila dapat baucar. Ini kerana setiap duit yang kita belanjakan akan ditukarkan kepada mata. Bila mata dah cukup, bolehlah ditukarkan kepada baucar. Lepas tu, baucar tu kita boleh guna seperti duit. Best kan? Lagi best bila kad ahli itu adalah percuma! Hehe..

 Alhamdulillah, hari ini ED terima baucar Tesco dan baucar farmasi.

Selain daripada baucar, kad ahli juga menawarkan diskaun bagi barang yang dijual. Paling best jika ada hari ahli, harga barang menjunam habis!  Jadi, kalau anda ditawarkan kad ahli secara percuma, buat aje.. Kalau kad ahli yang kena yuran tahunan, fikir dahulu sama ada anda selalu beli barang di kedai itu atau tidak. Jika tidak, abaikan sahaja kerana membazir satu hal, lagi satu hal, buat semak kad dalam dompet je. Setuju tak? Udada Ubabye!!

Ini adalah segmen bijak belanja. Dah lama tak update segmen ni..





ED: Fikir dahulu sebelum membuat kad ahli!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi