Sabtu, 10 November 2012

Anugerah Skrin 2012 membosankan?

Hai, malam tadi berlangsungnya Anugerah Skrin 2012 di TV3. Maaf, ED tak tengok sampai habis sebab kebosanan. Jika ED amati di blog2 dan media sosial yang lain, majoriti penonton bersetuju bahawa majlis penganugerahan malam tadi membosankan. Nampak janggal bila majlis anugerah dipersembahkan dalam konsep ala-ala teater. ED sebagai penonton suka tengok majlis anugerah yang "direct to the point" tanpa lakonan dan perbualan yang meleret-leret.

 Neelofa dan Awal Ashaari sebagai pengacara tetapi tidak menonjol kerana konsep majlisnya ala-ala teater muzikal.

Jom kita lihat corat-coret yang sempat ED tengok dalam Anugerah Skrin 2012 malam tadi. Dah lama ED tak buat segmen ni iaitu Zest dan Zrett!!

5 yang Zest!
  1. Neelofa cantik bagaikan puteri.
  2. ED suka tengok pentas dan propsnya.
  3. Sistem bunyinya juga bersesuaian dengan tema.
  4. Persembahan teater oleh Rita Rudaini, Adi Putra dan Fizz Fairuz  menghiburkan.
  5. ED suka tengok part Didie Alias, Ella dan Amyza Aznan, Ifa Raziah dan Lan Pet Pet menyampaikan anugerah. Memang lawak!   
Neelofa dalam Anugerah Skrin 2012

Pentas Anugerah Skrin 2012

5 yang Zrett!!
  1. ED tak setuju lawak Rosyam Noor ketika menyampaikan anugerah. Isu itu sensitif walaupun dia tidak berniat seperti apa yang penonton sangkakan.
  2. Maaf, ED tak minat konsep pengacaraan Anugerah Skrin 2012 yang semuanya ala-ala teater. Cukuplah hanya persembahan teater daripada Adi Putra dan Rita Rudaini. 
  3. Persembahan penyanyi banyak menggunakan lagu-lagu lama.
  4. Jujurnya, suasana malam tadi secara keseluruhannya membosankan.
  5. Penonton dapat rasakan juga suasana malam tadi agak kelam-kabut.
Maaf, pendapat ED bukanlah nak menjatuhkan sesiapa. Sama-sama pelajari daripada kelemahan supaya cemerlang di masa akan datang. Secara tak langsung, ED juga pelajari daripada apa yang ED nampak semalam. Mana tahu kalau ED kena buat majlis di tempat kerja, ED dapat mengambil mana yang baik dan mengetepikan mana yang tidak baik. Okelah, ED akhiri dengan keputusan Anugerah Skrin 2012. Udada Ubabye!!

Keputusan Anugerah Skrin 2012

1. Lakon Layar Terbaik – Bunohan
2. Lakon TV Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda
3. Videography Terbaik – Aku Ingin Terbang
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Berita TV9 Bom Jangka
5. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah
6. Drama Komedi Terbaik -Elly & Apit
7. Artis Harapan Pantene – Puteri Balqis
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella Labour Day Special
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – ABPBH25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem- Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem- Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Dokumentari dan Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – AJL26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem - Songlap
21.Pengarah Terbaik Drama – Khabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22.Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Anugerah Filem Terbaik – Bunohan
25. Anugerah Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda
Sumber: Beautiful Nara.


ED: Keputusan malam tadi memuaskan hati semua pihak..

2 ulasan:

  1. memang perasan anugerah skrin memang terkebelakang kalau nak compare dengan anugerah lain. memang bosan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 tahun hadapan penganjurannya lebih baik lagi..

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi