Ahad, 16 Disember 2012

Corat-coret perkahwinan sepupu di Tenggaroh 5

Hai, semalam ED tak update blog sebab ED menghadiri perkahwinan sepupu di Tenggaroh 5, Mersing. Okelah, ini corat-coret kisah ED di sana..

Semalam ED berada di belakang rumah menolong orang2 memasak. Inilah perbezaan antara kawan dengan saudara kahwin. Kalau saudara yang kahwin, faham2 sendiri ye.. Semalam hujan, jadi majlis ada cabaran yg tersendiri.

Ini bubur barli. Pertama kali ED makan..

ED dapat melihat sendiri cara-cara memasak nasi beriyani. Dalam gambar di atas, nasi tu belum siap lagi. Baru letak pewarna kuning..

Waktu2 senggang, ED petik dan makan rambutan Pak Ngah. Pokok rambutannya sebelah sahaja dengan bangsal tempat memasak.. Segarnya makan rambutan yang dipetik dari pokoknya.. Hehe..

Lebatnya buah rambutan tetapi tinggi pulak.. Dah tinggi pokoknya, basah pulak.. Takde rezeki bawa balik rumah. Hehe..

Nak tunjuk gambar ni la. Perkahwinan di Johor ada sistem tol. Sebelum pengantin lelaki melihat pengantin perempuan, pihak pengantin lelaki kena memberikan tol (macam duit raya) kepada pihak pengantin perempuan. Ini hanya budaya memeriahkan suasana sahaja..

Dapat bergambar dengan pengantin selepas selesai majlis. Waktu ni, para mempelai dah nak pergi outdoor photography.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun hujan semalam. Selamat pengantin baharu kepada Siti dan Norman. Semoga berbahagia selamanya. Setakat ini sahaja coretan ED di bumi Tenggaroh semalam. Udada Ubabye!!

Destinasi semalam di Felda Tenggaroh 5, Mersing..




ED: Tekak sakit makan banyak rambutan semalam.. hehe..

2 ulasan:

  1. assalamualaikum ed...selamat pengantin baru buat sepupu ed...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam mama maszull.. semoga sepupu ED baca entri ni..

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi