Hai, hari ini hujan memanjang. Bila hujan, perut asyik lapar dan nak makan macam2. Betul tak? Hehe.. Pilihan makanan ED untuk makan tengah hari ini ialah mi rebus Haji Wahid. Beli bungkus di Pasar Smart Jalan Tebrau. Sedapnya menghirup kuahnya yang hangat semasa waktu hujan begini.
Mi rebus Haji Wahid. Sebungkus RM4 untuk saiz sederhana.
Tuangkan kuahnya.. Menyelerakan tak? Hehe..
Kuahnya secukup rasa dan tidak terlalu manis. Rasanya Zlurpp!!
Mi rebus Haji Wahid memang terkenal di Johor. Banyak cawangan gerainya di JB. Okelah, sejuk2 macam ni bestnya duduk berehat di rumah. Selamat beristirehat semua! Udada Ubabye!!
ED tidak bertanggungjawab jika anda terliur atau teringin nak makan makanan yang ED paparkan.. Hehe..
ED: waktu form 6, suka sangat makan mi rebus kantin sekolah..
Penah makan sekali masa balik JB rumah uncle.. Memang sedap! Bau dia je cukup menyelerakan ;)
BalasPadamhehe..
Padam