Hai, selamat pagi! Pagi ini ED nak kongsi dengan anda sebuah tempat penginapan dalam segmen Destinasi. Tempat penginapan yang ED nak kongsi dengan anda hari ini adalah Mokri's Hotel Batu Pahat. Hotel ini terletak di Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat Johor. Bulan lepas, ED dan seorang kawan ED sempat menginap semalaman di sini.
Hotel ini baru dibuka sekitar 2 bulan lepas.
ED bersama seorang kawan ED menginap dalam bilik ini. Ruang biliknya kecil.
Walaupun bilik kecil, TV nya besar..
Nak kongsi dengan anda, pintu bilik airnya kaca lutcahaya. Faham2 sendiri ye..
Gambar ini diambil sekitar pukul 2 pagi. Kami check in di sini hampir pada pukul 2 pagi kerana baru sampai dari Kedah. Ingat lagi tak bulan lepas ED pergi Kedah, jadi bila balik ke JB, kami singgah dahulu ke Batu Pahat kerana seorang kawan ED ayahnya sakit dan telah dimasukkan di hospital Batu Pahat. Sedikit cerita kenapa ED menginap di Mokri's Hotel.
Jika anda sampai ke Batu Pahat dan tak tahu nak menginap di mana? Boleh la pilih Mokri's Hotel ni. Lokasinya dekat dengan kedai makan, jadi memang sesuai untuk pelancong2. Harga? Harganya masih berpatutan. Bilik yang macam ED di atas tu harganya RM80 semalaman. Okelah, jumpa lagi dalam segmen Destinasi seterusnya. Udada Ubabye!!
ED: Setiap tempat memberikan kenangan tersendiri..
80 semalaman ? Blergh.. Murah seyh dengan condition dia yg agak nice :)
BalasPadamya, memang berbaloi!
Padam