Sabtu, 22 Disember 2012

Kasihan anak kucing ini..

Hai, gambar di bawah ini adalah anak kucing di rumah ED. Ada kisah yang ED nak kongsi bersama anda. Nak tahu? Baca catatan ini sehingga selesai ye..

Nama anak kucing ini Si Putih. Pagi tadi Si Putih tidur di atas katil ED.

Kasihan ED tengok nasib Si Putih ni. Semalam hidupnya tiada siapa-siapa lagi. Sebelum ini emaknya menghilang entah ke mana. Mungkin mati. Semalam adik Si Putih mati. Tinggal la Si Putih ni bersendirian. Si Putih ni masih kecil lagi dan masih perlukan susu ibunya. 

Kasihan betul bila ED tengok Si Putih selalu mengiau mencari adiknya yang mati semalam. Kini, Si Putih mengharap kasih sayang manusia sahaja. Si Putih suka tidur di atas riba ahli keluarga ED ataupun tidur di tempat yang ramai orang. Dia tak mahu bersendirian. Apa2 pun Si Putih kucing yang pintar walaupun keadaannya tidak normal. Udada Ubabye!! 

Sembang kucing di blog..




ED: Kucing pun ada perasaan ingin disayangi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi