Rabu, 19 Disember 2012

Kerana teringin makan mi hun sup..

Hai, semasa mesyuarat di sekolah pagi tadi, ED asyik membayangkan mi hun sup masakan emak sahaja. Ini kerana tekak ED masih sakit dan teringin nak makan makanan bersup. Gara-gara terlalu teringin nak makan, selepas pulang dari sekolah, ED terus ke Tesco untuk membeli bahan-bahannya.

Barang-barang yang ED beli petang tadi..

Bila dah beli bahan-bahannya, ada pula dugaannya. Gas kat rumah habis. Bila dah beli gas, elektrik pulak takde. Takpe la, anggap sahaja itu dugaan untuk hari ini. Yang penting ED dapat makan mi hun sup masakan emak petang tadi walaupun dalam keadaan bergelap. Maklum, cuaca kan mendung hari ini..

Mi hun sup untuk ED yang sakit tekak.. hehe..

ED tak boleh makan sup tanpa sambal kicap.. Macam ada sesuatu yg kurang..

ED rasa ini sakit tekak paling teruk ED pernah alami. Amat perit bila nak makan makanan pejal. Doakan tekak ED cepat sembuh ye.. Udada Ubabye!!

Sembang malam di blog..




ED: Terima kasih mak atas pertolongannya memasak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi