Hai, sakit tekak ED masih tak hilang lagi. Seksanya nak telan makanan dengan keadaan tekak begini. Semalam, semasa ED di Tesco, ED beli sekali benda2 yang boleh meredakan sakit tekak. Ini dia benda-benda tersebut yang menjadi keinginan ED..
Hahaha.. Sebenarnya bukan ubat pun. Tetapi gula-gula dan asam jawa ini boleh menepati citarasa tekak ED yang tengah sakit.
Bila badan tak sihat dan sakit tekak, rasa nak minum yg masam2 sahaja. Kandungan vitamin C dalam jus oren ini dapat menguatkan daya tahan tubuh (InsyaAllah).
Paling best semalam, jus oren Tropicana Twister ada promosi. Kebetulan ED memang nak beli itu pun..
Hari ini genap 4 hari tekak ED sakit. Kenapa tak jumpa doktor? ED rasa bila sakit tekak ini berlarutan hingga minggu depan, baru ED jumpa doktor. Alhamdulillah, ED boleh kawal lagi sakit tekak ini. Doakan ED ye.. Udada Ubabye!!
Sembang petang di blog..
ED: Di sebalik kesakitan, pasti ada kebaikan untuk ED.. InsyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan