Khamis, 6 Disember 2012

Selesai jaga SPM 2012..

Hai, selamat pagi. Tepat jam 10.30 pagi tadi, berakhirlah tugas ED menjadi pengawas SPM pada tahun ini. Peperiksaan terakhir yang ED jaga tadi adalah peperiksaan Lukisan Kejuruteraan Kertas 1. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Jom ikuti corat-coret ED menjadi pengawas SPM di bawah ini.

Untuk pertama kalinya, ED jaga SPM untuk 2 buah sekolah. 2 minggu terakhir, ED diminta untuk menjaga SPM di sekolah ini. Cantik kan sekolahnya? Ini kerana di sekolah ini kekurangan pengawas atas sebab2 tertentu.

Ini sekolah yang mula-mula ED jaga. Sempat 2 minggu juga jaga SPM di sini. 

Yeayy!! Dah habis jaga SPM!! Sempat bergambar sebelum balik tadi.Kalau ED gembira, calon2 SPM lagilah gembira! Hehe..

Banyak pengalaman jaga SPM ni. Pengalaman manis, ED dapat kawan2 baru yang sekepala dari sekolah menengah. Pengalaman pahit pun ada tapi yang tu ED tak nak kongsi. Okelah, setakat ini dahulu cerita ED dan Sekolah. Udada Ubabye!!





ED: 17 Disember nanti, ED dah start meeting di sekolah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi