Rabu, 16 Januari 2013

Bahaya hisap rokok..

Hai, ini kisah ED di sekolah pagi tadi. Semestinya dalam kelas Moral ED. Pagi tadi, ED ada memberitahu tentang bahaya hisap rokok kepada murid2. Sedang ED menerangkan bahaya merokok, ada seorang murid India ni mengangkat tangan dan ingin berkongsi cerita kepada ED. 


Agak2 anda, apa cerita daripada dia? Ini dia..

ED: Ya Lava, ada apa?

Lava: Cikgu, hisap rokok bahaya kan? 

ED: Ya..

Lava: Kita boleh sakit jantung dan pura-pura kita boleh rosak kan cikgu?

ED: Hahaha.. Bukan pura-pura, tapi paru-paru.

Kelakar la si Lava ni (bukan nama sebenar). Bila ED mengajar Moral, murid2 suka bersembang dengan ED tentang topik2 yang ED ajar. Tak kira la, darjah 3 ke atau darjah 5. Sama sahaja. Kadang2 seronok bersembang dengan mereka kerana mereka jujur. Udada Ubabye!!

Segmen ED & Sekolah..





ED: Ada murid tanya ED, kenapa polis hisap rokok? hahaha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi