Selasa, 15 Januari 2013

Saya tak suka hari Selasa!

Hai, apa cerita murid2 Moral ED pada tahun ini? Untuk makluman anda, jadual waktu ED sudah diubah. ED dah tak ajar Moral murid2 tahun 3. Tetapi, ED ditugaskan mengajar Moral murid tahun 5 pulak. Ha, ini kisah pertama murid2 Moral ED tahun 5 pada hari ini.


Selepas tamat kelas Moral, ED meminta murid2 berdiri di belakang kerusi sebelum balik. Tiba-tiba, ED terdengar seorang murid ni berbual dengan kawan sebelahnya. Begini dialognya..

Josh: Saya tak suka hari Selasa!

Siva: Kenapa?

Josh: Setiap hari Selasa mesti saya akan dimarahi guru dan ibu bapa saya.

Siva: Macam mana awak tahu setiap hari Selasa awak akan kena marah dengan ibu awak?

Josh: Saya tahu la..

Siva: Tipu la..

Josh: Betul.. Setiap hari Selasa, bila saya balik rumah, mesti akan kena marah dengan ibu saya.

Siva: Dah la..

Josh: Dengar sini, setiap hari Selasa, ibu saya akan marah saya sehingga penat mental dan fizikal saya..

ED: hahahaha (ketawa dalam hati)

ED tergelak dengar ayat2 Josh (bukan nama sebenar). Sukar untuk dipercayai kan? Paling best, walaupun kawan dia tak nak dengar, dia tetap nak cerita juga.. Hahaha.. Okelah, bagaimana hari Selasa anda? Udada Ubabye!!

Segmen ED & Sekolah..



ED: Lain murid, lain ragamnya..

2 ulasan:

  1. Kesian Josh .. ha3. Mesti ada sebab tu mak dia marah .. Mesti Josh degil sgt ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. entahla, yg pelik cuma hari Selasa je mak dia marah.. hahaha..

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi