Jumaat, 11 Januari 2013

Belanja di Carrefour sebelum menjadi AEON Big

Hai, dah lama tak membeli barang di Carrefour. Carrefour adalah pasaraya murah pertama yang muncul di Johor Bahru. ED ingat lagi, Carrefour dibuka pada tahun 1996. Memang popular nama Carrefour pada ketika itu. Ini kerana Carrefour merupakan pasaraya yang menawarkan harga barang yang sangat murah. Petang tadi, ED pergi ke Carrefour untuk membeli sedikit barang dan melihat perkembangan terkini di sana. Selepas ini, Carrefour akan bertukar menjadi AEON Big.

Pandangan hadapan Carrefour Johor Bahru. Anda lihat dan nilai sendiri.

Promosi di sana-sini. Paling best, ada barang2 yang dijual dengan harga paling murah. Cuba anda geledah sendiri ye.. Ini mungkin jualan murah sebelum Carrefour bertukar menjadi AEON Big

Nah, baca notis ni sendiri...

Tak sangka, akhirnya Carrefour dibeli oleh AEON. Jika selepas ini Carrefour dah bertukar nama kepada AEON Big, mesti nama Carrefour akan menjadi sejarah. ED tak akan lupa nama Carrefour sebab Carrefour merupakan tempat belanja kegemaran ED pada masa lalu. Udada Ubabye!!

 
Sembang petang di blog..





ED: Pernah minta kerja Carrefour dulu, tapi tak dapat.. hehe..

6 ulasan:

  1. saya pulak pernah bekerja di Carrefour. Smpai skrg buat part time kat Carrefour.. Agak terasa la jugak AEON BIG dah ambik alih.. huhu

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ed...masih ada lagi barang2 yg dijual murah tu yer...semakin besarlah cawangan Aeon skg ni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam mama mas zull... ya masih ada.. itu la, AEON dimana2.. :)

      Padam
  3. salam ED...
    eee..baru tau ni.. hehehe..
    teringat time duk JB dulu.. sebelum Carefour ni nama dia klu x silap MAKRO kot.. tapi time tu barang borong sajer... dan kanak2 tak boleh masuk.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Najeeb..
      Makro lain, Carrefour lain..
      Ya, Makro seperti yg diperkatakan.. Makro dah diambil alih oleh Tesco klu x silap la..

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi