Isnin, 7 Januari 2013

Corat-coret AJL27 versi EDtv!

Hai, semalam AJL27 berlangsung gah. Tahniah kepada Yuna dan Aizat kerana telah memenangi Juara Lagu ke 27. Jom lihat keputusan AJL 27 semalam..

Aizat penyanyi lagu Terukir Di Bintang semalam.. nak tengok lebih banyak gambar klik sini.

Keputusan AJL27:
Juara Lagu: Terukir Di Bintang - Aizat
Naib Juara: Idola - Azlan & The Typewriters
Ketiga: Ku akui - Hafiz
Vokal Terbaik: Hafiz - Ku akui
Persembahan Terbaik: Black & RJ - Teman Pengganti

Ini dia corat-coret AJL27 berdasarkan pemerhatian ED di rumah semalam. ED rangkumkan dalam segmen Zest & Zrett!!

5 yang Zest!
  1. Pentasnya canggih dan spektakular!
  2. Buat pertama kali AJL27 ditayangkan dalam HD.
  3. Persembahan One Nation Emcees dengan Jimmy Palikat paling best bagi ED.
  4. ED tergelak tengok Aizat pegang cawan sambil nyanyi (mula2 tak tahu apa konsep persembahannya) Sangat kreatif!!
  5. Suka lagu Terukir Di Bintang menang Juara Lagu. 
2 Yang Zrett!!
  1. Lagu kesukaan ED tak menang seperti Andaiku Bercinta Lagi, Pelangi Senja dan Ombak Rindu. 
  2. Kenapa Faiz dan Chad tidak menjadi pengacara AJL tahun ni?

Okelah, AJL27 sudah pun selesai semalam. Tahniah untuk semua yang terlibat dengan AJL. ED yakin, AJL27 semalam pasti ditonton oleh jutaan penonton. Tunggu je pengumumannya di TV3. Udada Ubabye!!

Segmen Zest & Zrett!!




ED: Memang best lagu Yuna! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi