Berikut adalah dialog antara ED dengan seorang murid perempuan India yang berbadan kurus.
ED: Jika manusia ada satu buah pinggang, masih boleh hidup lagi (sambil memegang ke arah buah pinggang)
Murid: Cikgu, saya rasa, saya takde buah pinggang la.
ED: Kenapa?
Murid: Saya rasa pinggang saya, cuma rasa tulang je..
ED: Hahahaha... Orang kurus ke, orang besar ke, mereka mesti ada buah pinggang..
Senyum memanjang ED dalam kelas Moral. Murid tu fikir dia takde buah pinggang sebab dia kurus. Pandai2 je buat kesimpulan sendiri. Udada Ubabye!!
Cerita ED di sekolah..
ED: Kelas Moral yang ceria pagi tadi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan