Hai, pagi tadi pukul 5 ED dah bangun. Gigi mula sakit pakai separator. Alhamdulillah, sakit tu masih boleh ditahan dan ED mesti berfikiran positif!
Separator yang dipasang pada gigi ED (getah warna biru). Tujuannya untuk menjarakkan gigi sebelum memakai braces.
Kesan memakai separator, gigi akan rasa sakit jika makan makanan pejal. Ada ketika rasa sakitnya hingga sampai ke kepala. ED anggap ini perkara biasa. ED ada baca, sakit memakai separator hanya sementara sahaja. Harap2 sakit ini hanya sementara juga untuk ED. Udada Ubabye!!
ED cerita berdasarkan apa yang ED alami. Tidak berniat untuk menakutkan sesiapa yang membacanya.
ED: Mesti positif!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan