Khamis, 14 Februari 2013

Esok harga insurans kenderaan akan naik

Alhamdulillah, langkah kanan ED bayar insurans kereta hari ini. Kata pekerja insurans, "selamat adik bayar insurans kereta hari ini, esok harga insurans akan naik sekitar RM15." Ha, esok insurans naik lagi? Cerita selanjutnya, lihat gambar2 di bawah ini..

 Tempat ED bayar insurans kereta, Kurnia Bandar Baru Uda. Ada cerita lain yang ED dapat dari sini, tetapi ED tak boleh hebahkan sebab sensitif.

Selepas bayar insurans, ED terus pergi ke JPJ Taman Daya untuk hidupkan road tax.

 Paling lemah hidupkan road tax kat JPJ, mesti kena tunggu lama. Lihat angka giliran yang ED dapat di atas. Selamat tempatnya selesa.

Sebelum balik ke rumah, beli aiskrim kon McD. Dapat besar pula aiskrimnya hari ini. Hehe.. Alhamdulillah.

Sebenarnya road tax dan insurans kereta ED tamat pada hari Sabtu ni, tetapi hati ini tergerak nak hidupkan hari ini juga. Rupa-rupanya, Allah murahkan rezeki ED hari ini. Udada Ubabye!!


 Sembang di blog..



ED: Alhamdulillah!

3 ulasan:

  1. Haaa..betul tu...bermula 15 Februari 2013 tariff baru untuk insurans kenderaan berkuatkuasa..harap sahabat2 yang ingin menghidupkan insurans kereta pada masa akan datang xterkejut makyeh ye..hee..

    BalasPadam
  2. Walaikummussalam.. takde hal..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi