Hai, malam ini episod terakhir drama Spy M dalam Slot Aksi TV3. Bermula 4 Mac, anda dapat saksikan drama terbaharu, Karlos lakonan Johan Asari, Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Elmy Moin, Sherie Merlis, Leez dan ramai lagi. Berikut adalah sinopsis drama Karlos.
Drama terhebat Slot Aksi 2013
Sinopsis
Karlos menelusuri
perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid (Johan As’ari) yang
sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri,
Rashid (Namron). Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai
(Sherlie Merlis) tidak mampu melakukan apa-apa. Tanpa wang belanja,
Irwan belajar mencuri makanan dari kantin seterusnya membaraikan
motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek.
Penduduk
di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan pada waktu
yang sama, Inspektor Mahadhir (Azhar Sulaiman) ditugaskan menyiasat kes
tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya menangkap Irwan.
Irwan dibicarakan di mahkamah dan kemudian ditempatkan di Pusat
Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari erti
sebenar penderitaan. (Sumber: Galaksi Media)
Drama Karlos ini diinspirasikan daripada kisah benar. Sama-sama kita saksikan drama ini dalam Slot Aksi TV3. Mungkin drama ini akan mengingatkan kita pada zaman kegemilangan drama Juvana. Udada Ubabye!!
ED: terbaik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan