Hai, hari ini hari kedua ED pakai braces. Sementara gigi tengah sakit ni, ED hanya boleh makan bubur sahaja. Makan tengah hari, bubur. Makan malam pun bubur. Esok bubur. Lusa bubur. Bubur, bubur dan bubur..
Makan tengah hari tadi, bubur ayam McD di Plaza Angsana
Makan petang dan makan malam. Bubur nasi masakan emak. ED campurkan dengan sosej yang dihancurkan, sambal belacan dan kicap manis. Nyam.. Nyam..
Bekalan ke tempat kerja esok, bubur segera. Huhu..
Hari kedua pakai braces semakin mencabar. Gigi semakin sakit dan besi brackets yang muncung tu asyik terkena pada pipi dan lidah. Dugaan, dugaan... Udada Ubabye!!
ED: Sabar...





Tiada ulasan:
Catat Ulasan