Isnin, 4 Mac 2013

ED & Braces: Pengalaman hari pertama mengajar pakai braces

Hai, hari ini hari pertama ED mengajar pakai braces. Segan ada tak yakin pun ada.. Alhamdulillah, Allah mudahkan segala urusan ED di sekolah hari ini. Hari ini, ED berterus-terang dengan murid bahawa suara ED lain kerana memakai braces. Paling ketara, ED tak boleh cakap kuat2. Ada 2 cerita menarik ED nak kongsi semasa di sekolah tadi.


Semasa di kelas 6 Delima, BM

ED: Murid2 saya minta maaf sebab suara saya lain hari ini. Saya baru pakai braces kat gigi.

Murid2: Takpe cikgu, kami faham!

ED: (dalam hati, Alhamdulillah....)


Semasa di kelas Moral 5 Baiduri dan 5 Delima

ED: Pertama sekali, saya nak minta maaf sebab suara saya lain hari ini. Saya baru pakai braces. Yang pasang besi kat gigi tu.

Murid: Oh, yang macam penyanyi Shahir pakai kan?

ED: Ya. Awak salin nota dekat papan putih ni..

Murid: Takpe, cikgu duduk rehat. Kami akan salin nota ikut buku teks.

ED: (dalam hati, Alhamdulillah..)

Indahnya hari ini di sekolah. ED dapat mengajar murid dengan tenang kerana murid2 faham keadaan ED. Udada Ubabye!!




ED: Ada juga murid yang pelik, tapi normal la..

2 ulasan:

  1. Teringin jgk nk pakai...tp segan ngn ank murid..murid sek menengah..iskh...

    BalasPadam
  2. mula2 segan, lama2 dah biasa. Murid pun dpt menerima braces di gigi kita.. Cikgu sek menengah yg saya nampak ramai pakai..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi