Isnin, 25 Mac 2013

Kepentingan buku kira-kira peribadi

Hai, hari ini ED nak update segmen Bijak Belanja di blog EDtv. Anda ada buku kira-kira peribadi tak? ED ada buku kira-kira sebab memudahkan ED membuat bajet bulanan dengan duit gaji yg ED dapat. ED nak kongsi dengan anda, apa yang ED tahu tentang kepentingan buku kira-kira peribadi.

Yang hijau tu buku kira-kira ED yang baharu. Yang merah tu, buku kira-kira ED dari pertama kali posting hingga bulan ini.

Sebenarnya, secara sedar atau tidak, kita akan senaraikan jumlah perbelanjaan bulanan kita apabila mendapat gaji. Kebiasaannya, ramai orang menulis senarai perbelanjaan di atas kertas. Tetapi, ED suka rekodkannya di dalam buku kira-kira. Buku kira-kira ini memudahkan ED mengingat senarai perbelanjaan bulanan serta membolehkan ED membuat bajet dengan baki yang ada. Orang kata, berbelanja ikut kemampuan. Jadi, biasanya ED akan berbelanja mengikut bajet yang telah ED tetapkan dalam buku ini. Okelah, berbelanjalah mengikut bajet anda! Udada Ubabye!!

Segmen Bijak Belanja




ED: biar ada buku kira-kira, tetapi jangan berkira-kira..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi