Hai, pagi tadi ED pergi ke Jom Heboh lagi. Jangan kutuk ED dahulu selagi belum membaca entri ini sehingga selesai. Sebenarnya, ED terpaksa pergi ke Plaza Angsana kerana ada urusan di pasar raya UO. Sebelum sampai ke Plaza Angsana, ED mesti lalu di tapak karnival Jom Heboh. Alang-alang sampai, singgah sekali. Hehe..
Kalau orang tak tahu, mesti mereka ingat ED kemaruk pergi Jom Heboh sampai dua kali.
Kisah sebenarnya, semalam ED beli syampu ni. Sampai rumah, baru perasan yang harganya silap pada resit. Beza banyak harganya. Jadi, ED jalankan hak ED sebagai pengguna pagi tadi. Alhamdulillah, masalah ini selesai dengan baik.
Balik dari UO, singgah jap di Jom Heboh. Jumpa wartawan Melodi, Izzah.
Jay Iswazir
Alex Yanz
ED singgah sekejap je di Jom Heboh sebab ED nak singgah beli barang di Mydin. Selepas itu, ED bergegas pergi ke Mydin untuk membeli sedikit barang. Selepas itu, ED pergi ke majlis perkahwinan kawan ED pulak. Selepas ini, masanya untuk ED berehat. Esok dah nak kembali bekerja. Udada Ubabye!!
Bye-bye Jom Heboh.. Harap2 tahun depan tak buat kat Plaza Angsana sebab tak sesuai.
Sembang Ahad di blog..
ED: Selamat kembali bekerja esok!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan