Hai, esok drama Bangkitnya Seorang Perempuan akan tayang dalam Slot Samarinda TV3. Berikut adalah sinopsisnya..
Sumber gambar: Instagram TV3
Sinopsis:
Bermula dari percintaan
Balqish (Anzalna Nasir) dan Radzi (Ryzal Jaafar) yang tidak kesampaian
setelah Radzi dikahwinkan dengan anak ketua kampung iaitu Zila
(Faradhiya). Balqish yang cuba menerima kenyataan tersebut mula
menjauhkan diri dari Radzi tetapi Radzi tidak rela melihat lelaki lain
mendampingi bekas kekasihnya itu. Balqish, seorang gadis berusia
pertengahan 20an cukup disenangi penduduk kampung kerana sikap ramah,
riang dan mempunyai kebolehan menjahit.
Suatu hari, Radzi berpura-pura mahu menempah baju di rumah Balqish
sebelum memperdaya merogol gadis ini di kawasan semak berhampiran. Sejak
itu, Balqish berubah menjadi seorang yang sering termenung dan
mengurungkan diri dari orang lain serta kadangkala menjerit selepas
diganggu mimpi ngeri. Pernah ditanya oleh ibunya, Mak Shidah (Haleeda),
siapakah yang sanggup melakukan perbuatan keji ini. Apabila Balqish
menjawab Radzi, sukar untuk Mak Shidah percaya kerana Radzi cukup
terkenal dengan sifat waraknya. Hatta, Radzi sering ke rumah mereka
untuk menawarkan diri berkahwin dengan Balqish bagi menutup malu
keluarga Mak Shidah.
Berita Balqish dirogol tersebar ke seluruh kampung dengan pantas malah
Zila yang sememangnya berdendam terhadap Balqish telah menokok tambah
kononnya Balqish perempuan murah yang sanggup menggadai maruah demi
wang. Ketika Mak Shidah dan anaknya itu tertekan oleh cemuhan dan fitnah
penduduk kampung, seorang rakan lama Balqish, Misya (Eina Azman) telah
pulang ke kampung. Kerana tidak sanggup terus melihat keadaan Balqish,
Misya cuba mengajak Balqish berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun sukar
untuk melepaskan Balqish pergi, Mak Shidah turut merasakan ia adalah
jalan terbaik bagi Balqish memulakan hidup baru.
Tiba di ibu negara, Balqish menumpang di rumah Misya. Misya mula
menceritakan pekerjaannya selama ini sebagai GRO. Misya juga cuba untuk
mengheret Balqish ke kancah pelacuran kerana dia merasakan rupa paras
Balqish mampu memikat ramai lelaki selain ia merupakan jalan paling
mudah untuk mendapat wang lumayan di kotaraya yang pesat membangun ini.
Balqish tidak pernah putus asa berusaha mencari pekerjaan yang halal
sehinggalah pertemuannya dengan Khatijah (Dynas Mokhtar), pemilik
bengkel kereta. Simpati dengan nasib yang menimpa Balqish, Khatijah
menawarkan pekerjaan sebagai mekanik walaupun menyedari ia lebih sesuai
untuk kaum lelaki. Tawaran Khatijah itu dikongsikan bersama Misya yang
menempelaknya kembali kerana merasakan Balqish terlalu naif dan bodoh
untuk menerima pekerjaan yang tidak setaraf kelulusannya.
Dalam keadaan terdesak untuk meneruskan hidup, apakah Balqish berjaya
membuktikan pekerjaan sebagai mekanik bukanlah penghalang baginya untuk
memperoleh rezeki halal? Dalam pada itu, Mak Shidah yang berada di
kampung seorang diri terus dicemuh dengan pelbagai tohmahan sehingga
ditimpa sakit jantung. Mampukah Mak Shidah bertahan menanti kepulangan
Balqish? (Sumber: Galaksi Media)
Saksikan Anzalna jadi mekanik untuk mencari rezeki yang halal dalam drama ini. Udada Ubabye!!
ED: Selamat menonton!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan