Best drama ni..
Sinopsis:
Drama bersiri 20 episod ini berkisar
tentang seorang kanak-kanak bernama Alif (Amar Asyraf) yang menjalani
kehidupan yang daif di lorong yang terkenal dengan aktiviti tidak
bermoral bersama ibu dan abangnya, Rizal (Hairi Safwan). Meskipun Alif
dan Rizal sering dipandang hina oleh masyarakat, ibu mereka sering
memberi didikan sempurna buat kedua-dua anaknya.
Alif dan Rizal sentiasa mengasihi ibu
mereka dan berjanji akan menjaganya hingga ke akhir hayat. Namun
kebahagian mereka bertiga tidak berpanjangan apabila hubungan di antara
anak dan ibu itu dirampas oleh si hati yang penuh dengan hasad dendam.
Rashid (Adam Shah) yang ingin melanggan ibu Alif telah membelasah Alif
tanpa belas kasihan dan kemudian mencampaknya ke dalam sungai. Apakah
yang telah berlaku sebenarnya hingga menyebabkan Rashid bertindak
sebegitu terhadap Alif?
Ajal dan maut sememangnya di tangan
Tuhan. Alif telah diselamatkan oleh seorang pemandu bernama Jalal.
Setelah Alif sembuh, Jalal dan isterinya cuba mencari keluarga Alif
namun dek kerana berasa malu dengan latar belakangnya, Alif hanya
menyatakan bahawa dia telah ditinggalkan oleh keluarganya dan hidup
sebagai anak jalanan.
Sementara itu, majikan Jalal iaitu Dato’
Hamid (Dato’ Jalaluddin Hassan) dan Datin Suraya (Kuna) berasa sunyi
dengan ketiadaan anak mereka yang pergi melanjutkan pelajaran ke luar
negara. Akhirnya Jalal menyarankan majikannya mengambil Alif sebagai
anak angkat. Dato’ Hamid dan Datin Suraya yang tertarik dengan
personaliti Alif terus membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah mereka.
Ketika Alif memasuki rumah yang
tersergam indah itu, alangkah terkejutnya dia apabila melihat gambar
Rashid. Rupa-rupanya Rashid adalah anak lelaki kepada ibu bapa angkatnya
itu. Ingatan Alif kembali mengimbau terhadap perbuatan kejam Rashid.
Dendam Alif mula menyala terhadap Rashid meskipun dia dilayan dengan
penuh kasih sayang oleh ibu bapa angkatnya.
Masa terus berputar dan setelah sepuluh
tahun berhijrah di negara orang kini Rashid kembali ke tanah air. Jadi
inilah kali pertama Rashid bertemu Alif selepas kejadian suatu ketika
dahulu. Ternyata rupa paras Alif yang sudah meningkat dewasa membuatkan
Rashid tidak mengenali siapakah Alif dan ini memudahkan Alif untuk
membalas dendam terhadap Rashid.
Hubungan Alif dan Rashid semakin akrab
sehinggakan Rashid tidak sangsi untuk berkongsi rahsia dengan adik
angkatnya itu. Termasuklah kegiatan haram yang dilakukannya semasa di
luar negara. Tanpa Rashid sedari, segala yang dikongsikan bersama Alif
sebenarnya memerangkap dirinya sendiri. Alif menyusun strategi dengan
begitu baik sehingga Rashid jatuh di tangan pihak berkuasa.
Setelah strategi Alif mengenakan Rashid
berjaya, Alif diberi kuasa untuk mengedalikan syarikat milik bapa
angkatnya. Oleh kerana Alif masih mentah untuk mengendalikan perniagaan
bapa angkatnya itu, dia dibantu oleh Rizal, salah seorang pekerja yang
dipercayai oleh Dato’ Hamid. Hakikatnya Rizal adalah abang kandung Alif
yang pernah ditinggalnya suatu ketika dahulu. Namun, Alif tidak
menyedarinya kerana raut wajah abangnya itu sudah berubah.
Sementara itu, kehidupan Alif kini bukan
sahaja dihadiri oleh abang kandungnya malah bekas kekasihnya Ana
(Marsha Londoh) turut kembali ke dalam kehidupannya apabila Ana bekerja
di syarikat Alif sebagai akauntan syarikat. Sikap dan tarikan yang ada pada Ana membuatkan Alif jatuh hati padanya
sekali lagi. Manakala ianya berbeza buat Ana apabila dia berusaha
memastikan dirinya tidak akan terperangkap dengan cinta Alif.
Di sebalik
pertolongan yang dihulurkan oleh Rizal dan Ana sebenarnya mereka berdua
mempunyai komplot untuk menjatuhkan Alif. Mengapakah Rizal bertindak
sedemikian sedangkan seorang abang seharusnya melindungi adiknya? Apakah
yang telah Alif lakukan sebelum ini kepada Ana sehingga gadis itu
menyimpan dendam terhadapnya? Adakah janji yang pernah dimungkiri oleh
Alif terhadap ibu dan abangnya, Rizal kini memburunya untuk menuntut
keadilan?
(Sumber: Galaksi Media)
Teruskan menonton drama 20 episod ini dan ED akhiri dengan lagu tema drama ini. Udada Ubabye!!
Ungu, Ijinkan Aku..
ED: montaj drama ini kreatif!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan