Khamis, 25 April 2013

3 alasan murid tak nak pergi kelas tambahan

Hai, setiap hari Khamis, ED akan mengajar kelas tambahan untuk murid darjah 6 kelas ED. Sebelum kelas tambahan bermula tadi, ada 3 orang, seorang demi seorang murid berjumpa dengan ED sebab nak minta izin balik awal (tak nak pergi kelas tambahan). Antara 3 alasan murid yang diberikan, ada 1 alasan yang ED tak boleh terima. Nak tahu? Baca ni..


Murid 1

Murid: Cikgu, saya nak minta izin balik awal.

ED: Kenapa?

Murid: Saya masih demam lagi.

ED: Oke!

Murid 2 pulak datang

Murid: Cikgu, saya nak minta izin balik awal.

ED: Yang ni sakit apa pulak?

Murid: Emak saya baru bersalin.

ED: Apa kena mengena awak dengan emak awak bersalin?

Murid: Saya nak tolong emak saya buat kerja rumah.

ED: Oke la..

Murid 3 pulak datang..

Murid: Cikgu...

ED: Ha, yang ni kenapa pulak? Nak balik awal jugak?

Murid: A,a..

ED: Kenapa?

Murid: Saya nak kemas rumah.

ED: Kenapa nak kemas rumah cepat2? Lepas habis kelas tambahan tak boleh kemas ke?

Murid: Eh, tak jadi la.. Hehehe..

ED: Dah, pergi masuk kelas!

Macam-macam alasan ED terima kalau ada kelas tambahan ni. Biasalah, nama pun budak2. Penuh dengan helah bela diri. Okelah, Udada Ubabye!!

Cerita ED di sekolah..


ED: Anda pernah buat macam ni tak? Hehe..

1 ulasan:

  1. alasan murid yg pertama tu jwpn sll sy guna time sklh haha (jawapan popular gitu)hahaha

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi