Rabu, 24 April 2013

Terbawa dompet mak?

Pada pagi yang indah, ED sedang rancak berbual2 dengan rakan2 di bilik guru. Tiba2 ada dua orang murid lelaki  tahun 4 mahu meminjam telefon bimbit rakan ED. Kata seorang murid lelaki tersebut, rakannya terbawa dompet mak dia. Dia nak telefon mak dia supaya mak dia datang ke sekolah mengambil balik dompet tersebut.

Rakan ED meminta murid tersebut mengambil dompet yang dia terbawak tu di dalam begnya. Selepas itu, murid tersebut menunjukkan dompet emaknya. Ini dia dompetnya..

Tergelak ED & rakan2 tengok dompet ni. Hahaha.. Bukan apa, agak mustahil murid tersebut boleh terbawak dompet mak dia yang lebih besar daripada tangan dia.

Sama ada murid tersebut terbawak atau sengaja membawak, kita abaikan seketika. Yang penting dia jujur ingin memulangkan kembali dompet kepada mak dia. Udada Ubabye!!

 Cerita di sekolah hari ini..



ED: Jujurlah walaupun pahit..

2 ulasan:

  1. haha lucu la bdk2 ni...klulah btul dmpet mak dia...msti mak dia trcri2 kn mn dompetnye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah, kak yah dah mula komen di blog ni.. hehe..

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi