Jumaat, 12 April 2013

Buah pulasan

Hai, dah lama ED tak update kisah kelakar dalam kelas Moral kan? Ini dia kisah kelakar tentang buah pulasan dalam kelas Moral tahun 5 kelas hujung pagi tadi.


Simpan dulu gelak anda sampai baca kemuncak dialog ini..

ED: Dalam pantun ini ada perkataan buah pulasan. Murid2 India tahu tak buah pulasan buah apa?

Murid: Mmmm....

ED: Buah pulasan nampak macam buah rambutan tetapi takde bulu.

Murid: Mmmm...

ED: Buah pulasan macam rambutan tetapi kena pulas kalau nak makan isinya.

Murid-murid pun berbincang sesama mereka..

ED: Ha, awak panggil apa buah pulasan dalam Bahasa Tamil?

Murid: Oh, saya dah tahu!

ED: Apa namanya?

Murid: Rambutan botak!

ED: Hahahahahaha........

 Gambar diubahsuai daripada colinjong.com

Sakit pipi ED ketawa dengar nama rambutan botak. Tak pernah2 dengar nama tu. ED masih tersenyum sendiri bila teringat peristiwa ini. Udada Ubabye!!

Segmen ED & Sekolah..



ED: Lawak kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi