Sabtu, 6 April 2013

Gaji sebulan melebihi RM2000, wajib bayar zakat harta?

Hai, minggu ini ED dan 2 orang rakan telah pergi ke Majlis Agama Islam Negeri Johor, di Pusat Bandar Pasir Gudang. Tujuannya, kami mahu membuat pembayaran zakat harta melalui potongan gaji. Ada sesuatu yang ED ingin beritahu dan kongsikan kepada anda tentang zakat harta ini.

Majlis Agama Islam Johor, Pusat Bandar Pasir Gudang.

Di kaunter zakat, kami dilayan baik oleh petugas di sana.

Nisab zakat harta semasa RM13, 875.40. Tahukah anda apa maknanya? Teruskan membaca entri ini..

Nisab zakat harta maksudnya jumlah pendapatan anda jika mencecah atau melebihi RM13, 875.40 (untuk negeri Johor) setahun, anda sudah diwajibkan bayar zakat harta. Cara kira, jumlah gaji, elaun dan bonus setahun ditolak dengan jumlah tanggungan setahun. Jika jumlahnya sama atau melebihi nisab yang ditetapkan, anda wajib bayar zakat harta.

ED ramalkan, jika gaji anda melebihi RM2000 sebulan, rasanya dah wajib bayar zakat harta. Cuba anda tanya di Majlis Agama Islam negeri masing2 yang terdekat. Nanti petugas di sana akan membantu anda mengira berapa zakat harta anda sebulan. Maaf, ED sebelum ni tak tahu pun pasal hal ini. Tu yang lambat potong zakat harta. Okelah, ED dah sebarkan hal baik ini. Udada Ubabye!!

Sembang Sabtu..





ED: Terima kasih kepada Hafiz & Aina yang mengajak ED memotong zakat harta..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi