Ahad, 7 April 2013

Mi Casa: Tak nak la pecah dapur..

Hai, ED nak update segmen Mi Casa di blog EDtv. Terkini, ED tengah mencari inspirasi untuk  mengubahsuai rumah mengikut bajet yang ada. Selepas difikir2, ED tak nak pecahkan bahagian dapur la supaya jadi lebih besar.

Bahagian dapur rumah ED..

Rasa sayang pulak nak dipecahkan bahagian dapur rumah ni. Sebelum ini, kontraktor mencadangkan supaya bahagian dapur ini dipecahkan supaya dapat saiz dapur yang besar sedikit apabila bahagian pintu pagar belakang rumah ditutup dengan konkrit.

ED rasa bahagian halaman belakang rumah ni boleh ED buat ampaian, letak pasu tanam daun pandan atau boleh buat tempat barbeque atau bakar sate. Jadi, ED tak nak pecahkan bahagian dapur rumah ED. Lagipun, boleh jimat sikit.. Hehe.. Udada Ubabye!!




ED: Belum dapat kunci lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi