Hai, esok drama Epilog Cinta Khirana akan mula ditayangkan dalam slot Samarinda TV3. Berikut adalah sinopsisnya.
Tasha Shilla sebagai Khirana
Sinopsis:
Pada 2 tahun lepas, sebuah kemalangan jalan raya
telah meragut nyawa Dato’ Shamsul Ariffin. Khirana yang turut bersama
dengannya cedera parah dan koma selama 2 tahun. Selepas dia sedar dari
koma, dia telah hilang ingatannya. Kini, dia mulakan kehidupan baru dan
bekerja di sebuah butik.
Shahrul Azwan
dan Sharqir Ikhwan, adik kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin terkejut
apabila terserempak dengan Khirana yang terselamat daripada kemalangan
maut itu. Shahrul Azwan telah mempergunakan Eugene untuk menyakiti hati
Khirana. Shahrul Azwan yang memerhatikan tingkah laku Khirana berasa
pelik dengan personaliti Khirana yang jauh berbeza dengan apa yang dia
bayangkan. Dia menganggap bahawa Khirana hanya berpura-pura dan
merahsiakan sikapnya yang sebenar.
Justeru,
Shahrul Azwan telah memasang perangkap untuk membawa Khirana ke sebuah
hotel. Di sana, dia cuba merogol Khirana tetapi hanya mahu
menakutkannya. Shahrul Azwan tersentak dengan tindakan Khirana yang
berdoa meminta pertolongan Tuhan. Malu dengan perbuatannya, dia bergegas
keluar meninggalkan Khirana menangis sendirian di bilik hotel.
Pada
masa yang sama, kesihatan isteri kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin,
Zulaikha semakin merosot. Sebenarnya Zulaikha masih hidup dalam dunia
khayalannya dan menganggap suaminya masih ada di sisinya. Dia
berpura-pura untuk menjadi normal apabila bersama keluarga tetapi
apabila dia bersendirian, dia mula menunjukkan gangguan emosi yang tidak
menentu.
Suatu hari, Khirana telah
menggunakan jalan pintas ke perhentian bas sewaktu pulang lewat dari
kerja. Tanpa diduga, dia dihalang oleh tiga lelaki yang sedang
menunggunya. Tiba-tiba, Shahrul Azwan muncul bersama motosikal berkuasa
tingginya telah merempuh ketiga-tiga lelaki tersebut. Khirana mula
keliru dengan niat sebenar lelaki itu. Kadang-kala dia muncul
semata-mata untuk menyakiti hatinya dan hari ini pula dia telah
menyelamatkan dia.
Khirana mula
merasakan ada sesuatu tentang sejarah silamnya yang mengundang pelbagai
persoalan. Dia mendesak Ros Azura dan Rozanna untuk menceritakan kisah
silamnya dan apakah hubungannya dengan Datuk Shamsul Ariffin yang pernah
disebut oleh Shahrul Azwan. Rozanna dengan tidak sengaja telah membuka
kisah silam dirinya yang tidak seindah yang disangkakannya. Khirana
merupakan bekas model yang sanggup melakukan apa saja demi wang, malah
dia juga seorang pemabuk dan penggoda. Yang paling mengejutkannya,
Dato’ Shamsul Ariffin terkorban dalam kemalangan dua tahun lepas.
Sejauh mana hubungannya dengan Dato’ Shamsul masih menjadi rahsia.
Shahrul
Azwan mempersoalkan adiknya, Sharqir Ikhwan tentang wang syarikat yang
lesap dan menuduh adiknya yang bertanggungjawab. Sharqir Ikhwan tegas
menafikannya. Malah Sharqir Ikhwan juga mengingatkan Shahrul Azwan agar
tidak lupa pada dendamnya terhadap Khirana. Sharqir Ikhwan mengaku
telah memulakan langkahnya untuk ke arah itu. Shahrul Azwan sudah
mengesyaki kejadian Khirana diganggu tempoh hari adalah perbuatan
adiknya sendiri.
Khirana bersemuka
dengan Shahrul Azwan untuk menyelesaikan persoalan di antara mereka.
Dia mengaku bahawa kemungkinan besar dia memang mengenali arwah
abangnya namun dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan tersebut
selagi ingatannya tidak kembali. Shahrul Azwan ingin bersikap adil.
Dia menawarkan dirinya untuk membantu Khirana merawat penyakitnya
sehingga pulih. Khirana tidak ada pilihan lain selain menerima tawaran
tersebut demi untuk membersihkan namanya. Apakah kebenaran akhirnya akan
terbongkar?
Sumber: Facebook Epilog Cinta Khirana
Sumber: Facebook Epilog Cinta Khirana
Drama ini adaptasi novel Mencari Jalan Ke Syurga karya Hasliza Ismail. Apakah drama ini akan meletup seperti Setia Hujung Nyawa dan SSID? Sama-sama kita saksikan. Buat pengetahuan anda, Syukri Yahaya telah digantikan dengan Nazim Othman dan Rozita Che Wan telah digantikan dengan Fiza. Ini dia pelakon cadangan awal drama ini, klik sini. Hanya Tasha Shilla dan Alif Aziz yang confirm berlakon dalam drama ini. Udada Ubabye!!
ED: Selamat menonton!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan