Hai, ED nak kongsi cerita tentang sangkaan orang yang silap tentang braces ni. Minggu lepas, seorang pak cik kantin menegur ED semasa ED makan di kantin:
Pak cik: Hai cikgu, tak makan sayur?
ED: Tak la cik, susah saya nak gigit.
Pak cik: Kenapa?
ED: Saya pakai besi dekat gigi ni. Tak boleh makan yang keras-keras.
Pak cik: Kenapa?
ED: Saya pakai besi dekat gigi ni. Tak boleh makan yang keras-keras.
Pak cik: Ala cikgu, buka je la besi tu sekejap. Lepas tu pasang balik.
ED: dalam hati (mana boleh buka braces??)
Alhamdulillah, setakat ini braces dalam keadaan baik..
Pagi tadi, seorang murid darjah 4 berbual dengan ED..
Murid: Cikgu pakai benda kat gigi eh?
ED: Ya. Kenapa?
Murid: Saya nak jugak lah.
ED: Tak payah, gigi awak dah cantik.
ED: dalam hati (mesti murid ni ingat aku pakai braces sebab nak bergaya)
Sedikit penjelasan ED, braces tak boleh dibuka sesuka hati kerana besi brackets telah digam pada gigi. Sebab itu, pemakai braces tak boleh makan makanan keras untuk memastikan brackets tidak tertanggal. Lagi satu, pakai braces ni bukan untuk bergaya. ED pakai sebab nak ratakan susunan gigi supaya mengelakkan masalah2 tertentu. Cerita di atas hanyalah pengalaman ED memakai braces. Tak semua orang boleh faham. Yang faham hanya kita yang memakainya. Udada Ubabye!!
Segmen ED & Braces..
ED: Setuju tak pamakai braces yang lain?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan