Hai, tepat pukul 10.20 malam ED sampai ke rumah. Pagi tadi ED sampai ke pusat mengundi pada pukul 7 pagi. Rumit juga bertugas sebagai kerani pengundian merangkap mengira undi ni. Tapi ini semua pengalaman berharga.
Sebelum tidur, ED nak minum Milo serat hangat..
Jemput minum!
Macam2 pengalaman ada. Pengalaman paling seronok melihat pelbagai gelagat orang mengundi. ED juga dapat merasai bagaimana undi dikira selepas tamat tempoh pengundian. Okelah, ED tak boleh cerita lebih2 sebab rahsia. ED pun tak ambil gambar semasa bertugas tadi kerana mematuhi peraturan yang ditetapkan. Udada Ubabye!!
ED: Selamat malam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan