Hai, petang tadi ED ke klinik gigi untuk temu janji rawatan susulan braces. Petang tadi, doktor pasangkan spring pada sebatang gigi lapis ED supaya masuk ke dalam ruang gigi ED yang telah dicabut sebelum ini. Kesannya nanti, tiada rongak lagi pada gigi hadapan ED.
Inilah springnya. ED masih memakai getah braces warna lutsinar.
Sakit tak? Sekarang ini masih sakit kerana proses penolakan spring pada gigi lapis ED. Harap2 sakit tak lama la.. Diam tak diam, dah masuk 4 bulan ED pakai braces ni. Udada Ubabye!!
Segmen braces ED di blog..
ED: Kena sabar dan positif...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan